Connect with us

Viral

“Dah lama dendam tu” Terhayun Kuat Kayu Golf, Gadis Ini Tak Sengaja ‘Tersauk’ Muka Orang Belakang

Jika dilihat di sosial media, pastinya pelbagai video lucu yang dapat kita lihat, bahkan ada daripada video tersebut yang dirakam secara tidak sengaja dan akhirnya tular apabila dimuat naik.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana satu insiden berlaku di tempat bermain golf mengundang delah ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @bbrx16, dapat kita lihat seorang wanita sedang berlatih untuk bermain golf sambil diperhatikan oleh seorang lelaki bagi mengajarnya.

Pun begitu, apa yang melucukan adalah wanita tersebut kayu golf yang dipegang terlepas sewakty menghayun dan terkena pada muka lelaki tersebut.

Dapat kita lihat lelaki itu tidak sempat untuk mengelak bahkan mukanya betul-betul terkena katu golf itu.

Bukan itu sahaja, topi yang dipakainya juga ‘melayang’ dek kerana pukulan itu.


Wanita berkenaan segera mendapatkannya untuk memastikan lelaki terbabit dalam keadaan baik-baik sahaja.

Mujur lah tiada sebarang kecederaan yang serius gara-gara insiden itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui turut sama ‘merasai’ kesakitan yang dialami lelaki itu kerana hayunan kayu golf tersebut agak kuat.

Dalam masa yang sama, ada juga segelintir netizen yang berseloroh mengatakan wanita tersebut seolah-olah sudah lama pendam dan menggunakan ‘peluang’ yang ada sebaik mungkin.

Antara komen warga maya:

“setepek bunyi tu kak, masih berkawan lagi ka sekarang lepas peristiwa tu?”

“aku yang tak main golf pun aku tahu jarak selamat”


“mendapat la hang dok situ pasaipa”

“kalau ye pon marah laki tu bagitahu terus jangan pendam pastu balas macam tu”


Video yang tular di laman TikTok:

@bbrx16ni nama dia mengajar tapi masa yang sama balas dendam hshshshs😂♬ bring it back – &lt3

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.