Sebelum ini, YOY Network ada berkongsi kisah seorang pemuda yang membuat luahan hati tentang isterinya yang terlantar di hospital.
Perkongsian tersebut telah menjadi tular dengan lebih 100 ribu views dan rata-rata netizen mendoakan kesihatan isteri beliau.
Baca: “Tak kisah awak terbaring ke berkerusi roda janji awak ade dgn sy” Luahan Suami Ini Buat Netizen Sebak
Walaubagaimanapu berita sedih yang kami terima apabila isteri beliau, Nurul Nadia Tumin telah pun dijemput menghadap Ilahi pada 19 Mei yang lalu.
Berikut adalah perkongsian dari Ayie.
19052019
14 RAMADHAN
Wanita paling HEBAT dalam hidup aku diJEMPUT illahi dibulan yg MULIA ini .
Akhirnya awak TINGGALKAN juga saya dengan anak .
Separuh jiwa saya ikut pergi bersama awak . Saya takkan pernah berhenti MENYAYANGI awak , saya takkan pernah berhenti MENCINTAI awak dan saya JANJI akan menjaga , mendidik anak kita mcm yg awak mahukan .
Pergilah dgn TENANG, pergilah dalam DAMAI . Bulan 3 saya mandikan jenazah anak kita , hari nie takkan pernah saya lupakan , saya mandikan jenazah awak . Saya dah tak kuat, saya cuba belajar hidup tanpa awak disisi .
#takPERNAHlelahUNTUKMU
#tenanglahSAYANGdisana
#ALLAHlebihMENYAYANGIMU
#ALfatihah
#NURULnadiaBINTItumin
_________
Lebih menyayat hati, apabila Ayie sebenarnya sudah pun menempah baju raya untuk arwah isterinya itu.
Walaupun doktor sudah menjelaskan pada awalnya di mana isterinya itu tidak dapat bertahan lama, namun Ayie tetap positif dan mahu isterinya itu kembali sihat dan dapat beraya bersama.
Tetapi takdir Tuhan itu telah pun ditetapkan dan Ayie redha dengan apa yang terjadi.
Marilah sama-sama kita sedekahkan al fatihah buat arwah Nurul Nadia Tumin dan doakan agar Ayie dapat terus tabah teruskan hidup bersama anak.