Connect with us

Semasa

Dahulu Pengutip Sampah, Kini Jadi Jutawan dan Kongsi Kisah Inspirasi

SHAH ALAM – “Jadikan kemiskinan sebagai motivasi, jadikan kekayaan sebagai inspirasi. Apabila memperoleh rezeki, kita perlu bersyukur dan berbuat kebajikan dengan hidup berbakti.” Demikian kata ikon usahawan muda, Mohamad Azlan Abdullah @ Ali, 32, yang kini kisah hidupnya dibukukan dengan tajuk ‘Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan’. Peneraju syarikat Azlan Al Amin Properties Sdn Bhd itu […]

Ikon usahawan muda, Muhammad Azlan Abdullah @ Ali yang berusia 32 tahun membukukan  kisah hidupnya dengan tajuk ‘Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan’.

Muhammad Azlan yang juga pemilik syarikat Azlan Al Amin Properties Sdn Bhd itu turut bersyukur apabila kisah pengalaman hidupnya yang berasal dari keluarga miskin tegar, namun kini bergelar jutawan telah menjadi inspirasi kepada orang lain.

Menurut Azlan, keberkatan dan rezeki sebenarnya bergantung kepada hubungan dengan Allah.

“Kita perlu sedar keberkatan, kesempitan atau kemurahan rezeki bergantung kepada hubungan kita dengan ALLAH. Jika kita ada masalah hubungan dengan ALLAH, rezeki sempit.”

“Sebagai manusia, kita tidak pernah sunyi daripada kesilapan dan kelemahan, namun ALLAH melihat bagaimana kita mengubah kesilapan dan mengatasi kelemahan itu dengan bertindak untuk menjadi lebih baik dan memperbaiki kekurangan itu agar lebih cemerlang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Pengutip sampah

Sebelum berjaya menjadi jutawan, Azlan pernah menjadi pengutip sampah di bawah syarikat kontraktor pembersihan selama 6 bulan di Kem TUDM Gong Kedak, Pasir Putih, Kelantan pada 2005.

Menurut Azalan, ketika itu adalah antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan menjadi fasa kehidupan yang sukar buatnya.

“Ketika itu, saya selalu membawa balik makanan kurang elok yang diasingkan untuk dibuang di kantin Kem TUDM tetapi masih boleh dimakan seperti ayam dan ikan untuk keluarga.”

Ulat jatuh dari poket baju

“Suatu hari bila balik rumah, saya nampak emak menangis melihat ulat jatuh dari poket baju saya ketika membasuh.

“Dari situ, saya tekad untuk mengubah kehidupan kerana kasihankan emak saya. Emak menangis dan berdoa semoga saya mendapat peluang lebih besar.”

Azlan sangat menghargai jasa ibu dan ayahnya yang membesarkan dirinya bersama 15 adik-beradik yang lain.

“Saya menghargai jasa emak, Siti Aishah Ismail, 57, dan ayah, Abdullah @ Ali Ahmad, 73 yang membesarkan kami 16 beradik dan memberikan pendidikan walaupun serba kekurangan,”

Tinggalkan rumah demi kehidupan baru

Azlan membuat keputusan untuk meninggalkan rumah dengan berbekalkan RM1.30 telah membina kehidupan baru dan pertemuan dengan Cikgu Halim Md Saman dan Cikgu Ramli Hassan telah membuka jalan rezeki Mohamad Azlan dalam bidang hartanah.

“Saya percaya kepada pemikiran positif akan menghasilkan tindakan positif, seterusnya membawa kejayaan. Bila dan di mana, saya tidak tahu. Apa yang pasti kejayaan akan hadir apabila saya berusaha dengan betul,” katanya.

“Jadikan kemiskinan sebagai motivasi, jadikan kekayaan sebagai inspirasi. Apabila memperoleh rezeki, kita perlu bersyukur dan berbuat kebajikan dengan hidup berbakti.”

Semoga kisah kejayaan Azlan ini menjadi inspirasi buat semua pembaca.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.