Connect with us

Selebriti

Dakwa Aafiyah Dilayan Istimewa Kerana Uniform Bersulam , Netizen Tampil ‘Backup’ TokTi

Terdahulu, isu seorang influencer yang diberi sekampit kacang syarikat penerbangan Malaysia Airlines telah menjadi perbualan hangat netizen di platform media sosial. Namun, dia telah membuat permohonan maaf malah turut mengatakan tidak mengetahui SOP tentang pemberian kacang tersebut. Pun begitu, ada sikap segelintir individu yang mahu mengaitkan kontroversi tersebut dengan isu yang lain.

Terbaharu, seorang individu di laman Twitter telah mendakwa penyanyi tersohor negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin mendapat layanan istimewa mengenai sebuah video yang memaparkan aksi Aafiyah memakai baju sekolah dan dilihat namanya telah disulam dengan uniform tersebut.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @iniAlalalann dia turut berkongsi tangkap layar yang diambil daripada Instagram rasmi sekolah berkenaan. Difahamkan, ciapan tersebut bertujuan untuk membalas tuduhan yang dilemparkan oleh seorang pengguna.

“Haters gonna hate. Pasal uniform ada sulam nama pun nak twist kata dapat special treatment. Padahal, orang tu gigihlah hantar pergi kedai untuk letak nama dekat baju sebab excited anak first nak masuk sekolah. Tiba-tiba kena tuduh tak ada integriti bagai. Podia hang?” ciapnya.

Dalam pada yang sama, satu tangkapan layar yang lain menunjukkan seorang pengguna telah membalas ciapan  tentang isu pempengaruh tersebut dan tiba-tiba mengatakan penyanyi tersohor negara mendapat layanan istimewa kerana uniform nama anak bersulam tetapi rakyat marhaen hanya ‘biasa-biasa’ sahaja.

“Pramugari yang beri kacang banyak2 kat influencer media sosial tu adalah bukti rakyat Malaysia ni sendiri rata-ratanya korup. Takde integriti. Tapi kebanyakan orang lebih nampak influencer tu yang jahanamkan kerjaya dia.” ciap seorang pengguna Twitter.

“ kan sama konsepnya dgn kes artis bernombor hantar anak sekolah aritu, uniform anak artis siap bersulam nama…. anak marhain takda pun..tu netizen ok pulak..” dakwa individu tersebut.


Walau bagaimanapun, penyanyi tersohor negara Dato Siti dilihat tampil menjawab komen netizen dan menjelaskan print nama anaknya di uniform tersebut dihantar olehnya ke kedai.

“Kat baju tu memang ada print nama ya. Anak saya sekolah di sana sejak 2017, tak ada pula baju print nama,” komen seorang netizen.

“Saya print sendiri… Hantar ke kedai,” balasnya.


 


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi tentang isu uniform anak Dato Siti yang bersulam. Bukan itu sahaja, mereka juga mengatakan individu tersebut sebenarnya sengaja untuk membangkitkan isu yang tiada kena mengena.

Antara komen warganet:

Perkongsian yang tular di laman Twitter dan Instagram:

Continue Reading
Advertisement