Connect with us

Selebriti

Dakwa Guna ‘Cable’ Bapa, Dafi Akui Dah Lama Bekerjasama Dengan Pengarah

Siapa yang tidak kenal dengan anak Perdana Menteri ke-6 ini? Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi bin Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang juga merupakan seorang pelakon dan penyanyi terkenal melalui rancangan televisyen realiti Akademi Fantasia musim ke-5.

Dia juga popular dengan lagunya ‘Bila Terasa Rindu’. Walaupun sudah lama tidak muncul melakukan persembahan namun Dafi bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Terbaharu, pelakon dan penyanyi ini bakal muncul dalam filem terbaharu arahan Adrian Teh iaitu Malbatt: Misi Bakara. Filem ini merupakan kisah benar tentang perjuangan tentera Malaysia yang akan ditayangkan pada tahun hadapan.

Pun begitu, ada yang mengatakan penyanyi ini sebenarnya menggunakan ‘cable’ bapanya untuk dipilih sebagai salah seorang pelakon dalam filem berkenaan.

Memetik Media Hiburan, Dafi menolak dakwaan tersebut dan menjelaskan dia sememangnya mempunyai hubungan baik bersama pengarah terkenal Adrian Teh kerana pernah bekerjasama dalam sebuah filem ‘Ada Hantu’ sebelum ini.

“Adrian sebelum ini pernah menghasilkan filem Paskal. Jadi, dia memang sudah ada hubungan yang baik dengan tentera Malaysia. Ini bukan fasal ambil kesempatan. Saya ditawarkan watak ini sebab saya pernah bekerja dengan Adrian untuk filem Ada Hantu. Itu merupakan projek pertama saya dengan Adrian..”

“Hubungan kerjasama itu memang sudah lama wujud. Mungkin dia melihat saya sesuai dengan watak ini dan boleh memberikan komitmen penuh. Sebab itu dia panggil saya lagi,” katanya.

Malah, dia turut mengatakan statusnya sebagai anak menteri tidak membawa apa-apa keistimewaan dan akan menerima sebarang tawaran jika ada pihak yang mahu memberikan peluang kepadanya tanpa layanan istimewa yang diminta-minta.

“Saya harap orang tak salah anggap apa yang ingin saya perkatakan ini. Saya tak pernah rasa yang saya ini punyai apa-apa keistimewaan sebagai anak Perdana Menteri. Namun, kalau ada pihak yang ingin memberikan peluang atau layanan istimewa tanpa saya minta, saya akan terima sahaja. Saya tak patut nafikan perkara itu sebaliknya saya harus bersyukur..”

“Terima kasih kepada ayah saya kerana bekerja keras. Saya pandang dari sudut positif. Saya tumpang sikit sahaja dan yang penting saya tidak meminta-minta,” ujarnya.

Tambahnya lagi, ketika mendapat tawaran filem tersebut dan melakonkan watak sebagai seorang askar dia mengakui tidak mudah dan turut menjalani pelbagai latihan untuk menjayakan wataknya.

“Terus terang saya cakap, sewaktu awal-awal mendapat tawaran ini, saya berfikir panjang juga. Nak melakonkan watak askar ini pun bukan mudah dan saya juga tak nak mencacatkan filem orang. Adrian dan Hairul Azreen pun selalu memberikan-kata-kata semangat. Saya juga turut jalani latihan di kem askar di Port Dickson. Orang luar mungkin tak tahu, saya sebenarnya suka buat aktiviti luar ini…”

“Sewaktu latihan, saya kena belajar untuk membawa APC, menembak dan mempelajari pengetahuan asas mengenai tentera. Saya langsung tak stres kerana ia pengalaman baru buat saya. Sepanjang 15 tahun di dalam industri, saya tak pernah terfikir pun akan membawakan watak askar. Bila dapat peluang ini, ia merupakan sesuatu yang berbeza,” jelasnya.

Continue Reading
Advertisement