Saat-saat kita ingin menduduki peperiksaan mestilah kita ingin mendapat berkat daripada guru yang telah mengajar kita agar kita dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan lancar.
Namun, baru-baru ini tular di Twitter berkenaan seorang pelajar perempuan yang mendakwa bahawa dia diganggu oleh seorang guru disekolahnya sehingga menjejaskan fokusnya untuk menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Perkongsian yang ditulis dalam satu bebenang di Twitter oleh @naezeyra telah meraih perhatian netizen.
Menurut perkongsian di laman Twitternya, dia telah menerima satu hantaran mesej yang kurang senang dibaca daripada gurunya menerusi aplikasi Telegram pada pukul 8.20 malam, namun ianya dipadam serta-merta.
Menerusi ‘screenshot’ antara perbualan dia dan gurunya yang dimuatnaik, terlihat reaksi gurunya itu seperti tidak menghantarkan mesej tersebut dan ‘berang’ apabila ditanya.
“Kenapa awak buat macam ni ? Nak saya buat laporan polis ke ? Melampau ni,” kata guru itu.
“Cikgu yang ‘chat’ (mesej) saya masa mula-mula tadi, kenapa ‘delete’ (padam) ?
“Saya tanya cikgu baik-baik sahaja, kot salah ‘send’ (hantar) atau apa tapi saya pulak yang kena?” luah pelajar tersebut.
Pelajar itu telah memberitahu kepada ibunya tentang hal berkenaan dan ibunya telah menghubungi guru tersebut.
Bagaimanapun, ketika dihubungi, guru itu turut meminta ibu kepada pelajar terbabit untuk hadir ke sekolah secara bersemuka berhubung isu yang didakwa.
Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai turut menasihati pelajar tersebut supaya terus berhubung dengan pengetua sekolah jika mempunyai masalah yang besar dan ‘slowtalk’ bersama gurunya dengan baik.
“Senang je. Jumpa big boss terus, terus report ke pengetua kata nak jumpa. “Ambik alasan saya nak fokus spm ni apa yg cikgu ni text saya.” Kenalah kawan tu tak boleh naik pangkat segala baru padan muka”
Update: Menerusi kemaskini terbaru, pelajar tersebut telah membuat kenyataan memohon maaf dan mangatakan kes tersebut telah diselesaikan.
“Saya Nurul Naziera ingin memohon maaf atas tweet saya berkaitan dengan isu guru yang berlaku beberapa hari lepas.
“Perkara ini telah diselesaikan oleh kami, guru dah pihak sekolah. Terima kasih.”
Walau bagaimanapun, pelajar tersebut tidak menjelaskan dengan lebih lanjut bagaimana isu berkenaan diselesaikan.