Connect with us

Viral

Dakwa ‘Separuh Mati’ Dipukul Bekas Bf Curang, Gadis Ini Menyesal Tak Buat Report Polis

Setiap wanita mengimpikan lelaki yang bebas daripada sifat baran dan ‘kaki pukul’ untuk dijadikan suami. Manakan tidak, seseorang lelaki sepatutnya menjadi pelindung buat kaum hawa dan bukanlah menjadikan mereka tempat melepaskan amarah dan geram.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis ini menceritakan pengalaman pahitnya apabila menjadi mangsa keganasan bekas teman lelaki.

Menerusi beberapa video yang dimuat naik, gadis ini mendakwa dia dipukul separuh mati oleh bekas kekasihnya sebelum mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka.

Dapat juga kita lihat keadaannya yang dikatakan sangat teruk apabila pipinya bengkak bibir berdarah serta terdapat beberapa lebam di lengan.

“Bukan niat nak buka aib sendiri tapi cuma nak pesan, carilah lelaki yang ada rasa takut untuk memukul kita. Trauma sampai sekarang”

Berkongsi lanjut, lelaki tersebut bermain ‘kayu tiga’ dibelakangnya dan menuduh ianya berpunca daripada wanita ini.


“Dia yang curang, dia yang play victim. Katanya sebab mulut aku tapi dia tak sedar dia yang kantoi curang dengan bekas kekasih dia lepas tu cakap aku punca sampai dia pukul aku separuh mati.”

“Betul orang cakap jangan kenal lelaki yang belum selesai dengan masa lalunya. Dia cabar kesabaran aku. Hidup dia tak akan aman.”

“Nak buat report tapi benda dah lama jadi dan muka pun dah elok tapi masih ada kesan. Dia minta maaf sebab dia pukul aku tapi masa dia minta maaf tu dia berbaik dengan bekas teman wanita dia.”

“Dia takut aku buat report polis pasal dia pukul aku separuh mati. Dia buat aku jadi jahat sampai macam ni. Ya aku tahu karma tu ada tapi sampai bila dia nak terlepas macam tu je.”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap lelaki tersebut yang memperlakukan wanita sebegitu rupa.

Netizen bertambah geram apabila mengetahui lelaki tersebut cuba menyalahkan wanita itu dah bertindak memukulnya separuh nyawa.

Tidak cukup dengan itu, netizen yang terdiri daripada kaum hawa juga berharap agar tidak bertemu jodoh dengan lelaki yang panas baran dan kaki pukul.

Antara komen warga maya:

“hm takutnyaa, tengok muka you pun i yang rasa sakit”

“sebab tu lah kena cari lelaki yang sayang kita.. kalau kita sayang lelaki, jadi macam ni pun tak nak tinggal”


“Semoga Allah temukan lelaki yang tepat untuk orang yang baik macam awak”


Video yang tular:

@nuraina.husni_Bukan niat nak bukak aib sendiri , tapi cuma nak pesan , carilah lelaki yang ada rasa takut untuk memukul kita 🙂 trauma sampai sekarang 😢

♬ Rumah Singgah – Fabio Asher

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.