Connect with us

Selebriti

Dakwa Tak Perlu Surat Rentas Negeri ke Janda Baik, Polis Siasat Kenyataan Vie Shanti

Selepas perintah kawalan pergerakan dilonggarkan mengikut fasa, orang ramai berpusu-pusu untuk pergi melakukan aktiviti riadah dan bercuti nersama keluarga kerana sudah terlalu lama terperuk di dalam rumah.

Namu begitu, ada juga yang mengambil kesempatan terhadap kelonggaran yang telah diberikan oleh kerajaan malah masih ada yang melanggar syarat yang ditetapkan untuk kepuasan diri sendiri.

Seorang selebriti ini yang juga bekas isteri kepada Dato Eizlan Yusoff iaitu Vie Shanti juga tidak ketinggalan juga untuk meluangkan masa bersama keluarga di Janda Baik namun lokasi riadah dan kapsyennya itu menjadi bualan dan tanda tanya netizen.

Vie Shanti Rentas Negeri?

Menurut Vie, setelah kerajaan memutuskan aktiviti riadah dibenarkan, dia telah pergi ke Janda baik  bersama anak-anaknya dan lokasi itu tidak memerlukan surat kerana ia masih berada dalam sempadan selangor lagi pula ia hanya 30 minit sahaja dari rumah mereka.

Di dalam posting tersebut, Vie juga meluahkan rasa gembiranya di Instagram kerana akhirnya dia dan keluarga dapat meluangkan masa bersama di luar.

“Tidak perlu surat sebab di Plaza Tol Gombak masih lagi sempadan Selangor. Yang nak lintas negeri tetap kena ada surat ya. Yang penting ke mana pun kita pergi tetap harus menjaga jarak dan lengkap dua dos vaksinasi ok?,” ujarnya.

“Alhamdulillah, bila dengar saja kerajaan mengisytiharkan semua aktiviti riadah dah boleh buka ‘pelitup muka’. Kami menjadi orang pertama yang merasmikan bersama anak-anak di Janda Baik.”

“Hanya 30 minit dari rumah kami, inilah berita gembira buat anak-anak yang sudah terlalu lama berkurung di rumah. Bukan kami saja yang seronok dapat masuk hutan, tapi orang hutan pun suka tengok kami,”

Walaupun telah menutup ruangan komen di Instagramnya, netizen masih tidak berpuas hati dan mendakwa bahawa usahawan muslimah itu telah meloloskan diri ke negeri lain kerana Janda Baik terletak di Pahang bukannya Selangor.

“Tol Gombak sempadan Selangor? Jumpa exit naik Genting Highlands dulu sebelum Janda Baik kan? Habis tu kenapa ada yang kena saman naik Genting Highlands minggu lepas?”Kata seorang netizen di twitter.

“Tengok IG tempat berkenaan, dah terang-terang lokasi di Pahang.” netizen

Semakan Terperinci Dibuat

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar turut berkata, Janda Baik terletak di dalam negeri Pahang yang memerlukan orang ramai dari negeri lain perlu mendapatkan surat rentas negeri untuk perkara yang dibenarkan.

Oleh itu pihak polis akan menyiasat perkara itu terlebih dahulu sebelum membuat tindakan lanjut terhadap usahawan itu.

Pihak polis juga akan memastikan SOP sentiasa dipatuhi dan akan terus memantau pergerakan orang ramai.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.