Connect with us

Selebriti

“Dalam pemantauan pihak hospital” Lama Tak Update Instagram, Zizan Razak Terbaring di Hospital

Pelakon popular Zizan Razak dilaporkan berada di wad sejak beberapa hari lalu kerana jangkitan virus Influenza A.

Menerusi laman Instagram miliknya, Zizan memaklumkan dirinya kini masih di dalam rawatan dan pemantauan pihak hospital.

“Assalamualaikum dan maaf untuk lama tidak update dimedia sosial. Cuma ingin memberitahu pada semua yang mengenal Zizan. Kini Zizan masih lagi dalam rawatan dan pemantauan pihak hospital kerana terkena virus Influenza A.”

Terkenal dengan sikap kelakarnya, Zizan sempat lagi bergurau dengan menyatakan dia cuma dapat satu A.

“Yang cuma satu A dan bukan 9A sepertimana keputusan peperiksaan SPM. Tapi sekurangnya ada A dalam pengalaman kehidupan. Jadi nasihat Zizan pada semua berhati hatilah bila ke tempat awam.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zizan Razak’s Official FC (@ztf_official) on

Namun begitu, Zizan sempat menitipkan nasihat agar semua peminatnya sentiasa berhati-hati untuk mengelakkan jangkitan.

“Pakailah topeng atau apa saja untuk mengelak dari terkena apa apa jangkitan yang datang dari udara yang kita tidak nampak.”

“Kalau terlupa bawak topeng pinjam je boxer kawan atau boyfriend janji hidup anda sihat sejahtera. Dan Zizan dapat info sekarang memang ramai yang terkena virus influenza samada A atau B bergantung kepada kecermelangan anda.”

Zizan juga memohon doa dari semua untuk mendoakan kesihatannya serta mengucapkan terima kasih kepada yang memberikan bunga dan buah.

“Dan doakan Zizan cepat sembuh ya. Dan terima kasih kepada yang kasi bunga serta buah dan yang mendoakan buat Zizan. I love u guys.”

Rata-rata peminat mendoakan Zizan kembali sihat dan dapat meneruskan penggambarannya untuk filem terbarunya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.