Connect with us

Selebriti

“Dalam penjara saya solat tahajud dan khatam Al-Quran dalam 30 hari” Farid Kamil Kongsi Pengalaman

PENGALAMAN menjalani hukuman penjara selama dua bulan setengah merupakan antara momen dan detik paling berharga dalam hidup pelakon Datuk Farid Kamil Zahari. Menurut Farid, 38, sepanjang tempoh tersebut dia mendekatkan diri dengan Allah dan berpeluang mempertingkatkan ibadah agama. “Di dalam setiap keburukan pasti ada kebaikan… ia satu pengalaman baharu yang sukar diterjemahkan dan saya terharu […]

Bagi peminat industri hiburan tanah air pastinya tahu mengenai kes pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil yang telah menjalani hukuman penjara.

Tempoh di balik tirai besi selama dua bulan setengah itu menjadi antara momen dan detik paling berharga dalam hidup Farid Kamil.

Menerusi laporan mStar, sepanjang tempoh tersebut Farid telah mendekatkan diri dengan Allah dan berpeluang mempertingkatkan ibadah agama.

Pengalaman baru

Menurut Farid, di dalam setiap keburukan pasti ada kebaikan dan ianya adalah satu pengalaman yang sukar untuk diterjemahkan.

“Di dalam setiap keburukan pasti ada kebaikan… ia satu pengalaman baharu yang sukar diterjemahkan dan saya terharu apabila mereka di sana menerima saya dengan begitu baik.”

Farid turut meluahkan rasa terharu dengan penerimaan mereka di sana dan memberi semangat kepadanya.

“Mereka tahu dan kenal saya, jadi mereka beri sokongan serta semangat untuk saya terus bangun dan berjaya.”

Solat tahajud dan khatam Al-Quran

Tambah Farid lagi, semasa di dalam penjara, dia melakukan perkara yang tak pernah dilakukannya semasa bebas.

“Di dalam penjara itu, saya buat benda yang saya tak pernah buat contohnya bangun untuk solat tahajud dan saya berjaya khatam Al-Quran dalam masa 30 hari. Kalau dalam keadaan bebas belum tentu saya buat itu semua!”

Bagi Farid sendiri, sejarah hitam yang berlaku itu membuka ruang untuk dirinya memperbaiki diri dan menjadi individu yang baik pada masa akan datang.

Walaupun berasa sedih dengan apa yang berlaku, namun dia mengambil pengajaran itu dari sudut positif.

Bersyukur diberi kesempatan

Farid turut bersyukur kerana diberi kesempatan untuk bertaubat dengan mengalami perkara yang orang lain tak dapat.

“Mungkin tuhan nak tunjukkan sesuatu tetapi dalam keadaan sedemikian supaya hidup saya jadi lebih baik pada masa akan datang.”

Akui diri rasa sedih dan terbuang, namun Farid mengangga ianya ujian bagi dirinya.

“Saya akui ada masa rasa sedih, terkilan dan rasa diri terbuang jauh sebab hal yang menimpa ini tapi bila fikir balik, ini salah satu ujian untuk saya berada di sini sekarang,”

Sokongan Isteri

Walaubagaimanapun, Farid bersyukur dikurniakan isteri, Datin Diana Danielle yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang dia melalui detik hitam itu.

 

View this post on Instagram

 

FK: lama tak ambik gambar DD: ya cause we always look like two karipaps @faridkamilz

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

Sebelum ini, pada pertengahan November 2019, Farid telah diperintahkan menjalani hukuman penjara sembilan bulan selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuannya terhadap hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 15 Mei 2019.

Namun, pada 13 Disember2019, Farid dibenar menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan terhadapnya sehingga rayuannya selesai.

Semoga apa yang berlaku kepada Farid Kamil ini memberikan pengajaran kepada semua.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.