Setiap pasangan yang berkahwin di dunia ini pasti inginkan kehidupan rumah tangga yang bahagia hingga akhir hayat.
Namun, setiap orang akan merasai kepergian orang yang kita sayang dan cintai. Tambahan pula,apabila pasangan itu pergi buat selamanya, pasti akan meninggalkan detik terburuk dalam hidup kita. Sebagai hambaNya, Kita perlu redha dengan ketentuan Allah SWT.
Inilah situasi yang dialami oleh seorang suami yang kehilangan isteri tercinta baru-baru ini akibat penyakit kanser perut tahap 4.
Kisah pengorbanan dan pengalaman Mohamad Dy menjaga isterinya buat kali terakhir sangat meruntun hati pembaca, kisah ini dikongsikan oleh dirinya sendiri di laman Facebook.
“Coretan ringkas untuk insan yang paling ku sayang, namun Allah SWT lagi menyayanginya.
“Insan yang sentiasa tersenyum di kala setiap duka..lantunan suaranya mampu meruntuhkan ego ku..tiap tutur katanya yang tersusun membuatkan orang sekelilingnya selesa dengannya…
“Setiap penderitaan kamu dek kerana penyakit, Allah kurniakan kamu kekuatan..dan kasih sayang orang yang kamu sayang disekelilingmu…dan sudah sampai masanya kamu menjadi sihat semula di alam sana…”
Menerusi pengkongisannya, beliau redha dengan pemergian isterinya dan percaya bahawa ajal maut telah ditentukan oleh Allah SWT dalam setiap percaturan hidup di bumi ini.
Baru 7 bulan mendirikan rumahtangga
Mohamad Dy berkata, tempoh perkahwinannya bersama isteri hanya selama 7 bulan. Dalam tempoh itu juga, isteri tercintanya menghidap sejenis kanser yang sangat ‘aggresive’. Nama kanser ini adalah Advanced Metastatic Gastric Adenocarcinoma.
“Arwah meninggal sebab kanser perut tahap 4. Dia mula sakit bulan 3. Time tu bukan sakit kat perut tapi sakit kat ovari. Pergi klnik pakar, dia kata fibroid atau cyst sehingga kena rujuk pada hospital. Pergi hospital kata kena bedah untuk tengok dan pastikan masalah yang berlaku.
“Bila dah bedah, dia tengok dua-dua ovari memang bengkak dan bukannya fibroid atau cyst. Dia ambil sampel kat bahagian usus pun ada macam infection. Jadi dokyor ambil sample kedua-duanya dalam 2 minggu result keluar.
“Punca ovari bengkak bukan daripada ovari tapi bahagian lain. Lepas itu pergi hospital, check dengan pakar bedah perut, masuk skop apa smua ada macam ketulan kat bahagian usus, amik sample dan kuar result ianya adalah kanser.
“Rupanya kanser tu dah merebak ke bahagian usus kecik, arwah tak boleh makan dan minum..kalau makan atau minum akan muntah semula. Jadi, depend kepada susu nutrient (TPN).”
Syukur pikul tanggungjawab sebagai suami
Katanya lagi, beliau sangat gembira kerana dapat memikul tanggungjawab sebagai suami kepada Siti Rodziah dan bersyukur kerana beliau dapat merawat isterinya sehingga nafas terakhir. Beliau juga sempat membisikkan syahadah di telinga isterinya.
“Yang, abang telah sempurnakan tanggungjawab abang di saat kita disatukan dalam satu ikatan perkahwinan, abang gembira dapat merawat sayang.
“Dua kali seminggu ulang alik ke hospital untuk appointment doktor dan ambil susu nutrient…sampailah di saat akhir sayang menghembuskan nafas terakhir abang bisikkan syadah di telinga kanan sayang..
“Sungguh hati ni bagai ditusuk atas pemergian sayang. Abang gembira dapat mandikan sayang, abang gembira dapat kafankan sayang..abang gembira dapat solat jenazah untuk sayang dan kebumikan sayang.
“Sungguh hati ni bagai ditusuk atas pemergian sayang. Namun, apalah daya ini insan yang tidak punya apa-apa.”
Al-Fatihah Siti Rodziah
“Kita semua akan menuju ke sana..tidak kira cepat atau lambat..setiap yang bernyawa pasti akan mati…abang redha atas pemergian sayang.
“Tiada dosa pun dengan abang..malah sayang alirkan pahala untuk abang setiap kali abang berbakti merawat sayang…damailah di sana wahai permaisuriku, bidadariku, isteriku.
“Sesungguhnya, Allah lebih menyayangimu dan ingin kamu berehat dengan tenang di sana.. segala urusan duniamu, insyaallah abang akan selesaikan sebaik mungkin.. salam dari kejauhan untuk insan yang bergelar isteri.”
Beliau berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan arwah isterinya dan agar kisah yang diceritakan ini dapat memberi iktibar kepada pembaca.