Beberapa hari lalu, media sosial kecoh dengan kisah seorang peminta sedekah wanita yang dikenali sebagai Makcik Maznah di sebuah pasaraya.
Isu ini bermula apabila seorang pengguna Twitter membuat perkongsian mengenai wanita warga emas tersebut yang ditemuinya sedang meminta sedekah di Batu Caves, Selangor.
Menerusi perkongsian tersebut, dia terpaksa meminta sedekah susulan suaminya baru diberhentikan kerja gara-gara pandemik Covid-19 dan keluarganya kehilangan sumber pendapatan.
Meruntun hati netizen
Perkongsian itu ternyata telah meruntun hati netizen yang bersimpati dengan nasib wanita berkenaan, malah rata-ratanya tidak lokek memberi sumbangan ikhlas bertujuan bagi meringankan bebanan.
Namun begitu, terdapat beberapa komen netizen yang mendedahkan Makcik Maznah sebenarnya menyewa di sebuah hotel dan berkemungkinan seorang ‘scammer’.
Lebih menghangatkan isu ini sehingga menarik perhatian seorang guru yang juga aktivis kebajikan, Mohd Fadli Salleh untuk menyiasat sendiri latar belakang wanita berkenaan.
Terjawab persoalan
Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, pertemuan yang turut disertai oleh pelayar Twitter yang memviralkan kisah berkenaan, Awanis Rasdi.
Okey semua. Dah jumpa Mak Cik Maznah yang viral ni. Aku tulis fakta padat terus la senang.
1. Mak cik ni susah sejak 2014 bila suami berhenti kerja sebagai tukang masak.
2. Kena halau keluar rumah dan mula sewa bilik. Kongsi bilik air.
3. Sejak dari itu anak berhenti sekolah. Masa tu anak darjah 3. Selalu pindah-pindah, susah nak sekolah katanya. Anak tunggal, seorang saja. Perempuan. Sekarang anak sepatutnya form 3.
4. Mohon Baitulmal dari 2015-2016. Lepas tu stop minta bantuan sebab tak nak jadi golongan asnaf dan bergantung pada zakat orang ramai. Di sini start minta sedekah.
5. Suami kerja on dan off. Kadang-kadang ada masalah kesihatan, kadangkala tempat kerja tu tak sesuai dengan cara dia bekerja (tukang masak)
6. Pernah mohon zakat segera (Zakat Selangor) sebanyak dua kali dan diluluskan serta merta (RM100 diberi setiap kali mohon kalau tak silap)
7. Sumber pendapatan utama – tiada. Memang mak cik inilah akan meminta sedekah di pasaraya. Pergi dengan grab dengan anak. Anak akan tunggu di food court biasanya. Anak perempuan yang usia 15 tahun tu lah.
8. Dibilik tak boleh memasak, so makan di kedai makan setiap hari.
9. Mak cik ni buta mata kanan, ada kad OKU. Namun tak mohon bantuan tetap bulanan dari JKM.
10. Setelah tular kes ini, dalam masa sehari orang ramai kirim 63k. Semalam check lebih 70k. Juga lebih kurang rm4500 dikirim melalui Awanis (gadis yang mula-mula temui mak cik nindan tulis pasal dia)
11. Kiriman melalui Awanis semuanya Awanis serah pada pusat zakat dengan persetujuan mak cik ini.
12. Aku nasihatkan dia sewa rumah berdekatan sekolah, sekolahkan semula anak. Duit dah ada untuk bayar deposit dan sebagainya. Sebelum ini alasan menetap di bilik kerana tiada duit bayar deposit.
13. Aku juga minta dia hubungi JKM dan zakat untuk bantuan tetap memandangkan dia OKU. Aku juga dah maklumkan pada pegawai pusat zakat tentang pertemuan ini.
14. Juga mohon dia cari apa-apa kerja yang boleh mereka lakukan untuk pendapatan.
15. Aku nasihat dia tidak boleh selamanya meminta sedekah begini. Sayang kat anak tertinggal pelajaran dan tak sekolah tu.
Okey. Itu sahaja tentang pertemuan kami petang tadi. Dalam gambar itu adalah Awanis, gadis yang jumpa mak cik Maznah di Giant Batu Caves.
Dia bukan anak mak cik maznah, so jangan kecam or fitnah dia okeh.
Kawan-kawan. Ini sedikit nasihat jika kalian jumpa kes sebegini.
1. Bantu segera sekadar kemampuan kita. Bagi makanan contohnya.
2. Dapatkan info penuh tentang mereka, no phone dan alamat.
3. Hubungi JKM, Pusat Zakat atau NGO terdekat dan maklumkan ada sasaran yang perlu dibantu.
4. Jangan dedahkan maklumat mereka pada umum. No phone, alamat, no acc tak perlu dedah.
Tu hanya bagi pada pihak yang ada autoriti seperti JKM dan pusat zakat. Banyak sumbangan masuk, pemurah belaka rakyat Malaysia, alhamdulillah.
Harap-harap mak cik ni dan keluarganya menggunakan sebaik-baiknya kiriman sedekah dan sumbangan orang ramai untuk mengubah kehidupan.