Tercicir barangan di atas jalan raya memang dah ramai yang biasa kena. Sampai ada yang hilang. Mungkin kalau barang berharga boleh la diabaikan atau beli baru.
Tapi cuba bayangkan kalau barang tu barang yang berharga ataupun barang kepunyaan orang lain. Mesti ‘lautan api sanggup ku renangi’.
Persis seperti situasi yang ada dalam video tular baru-baru ini di mana ikan yang dibeli oleh lelaki ini ‘melompat’ dari motor, membuatkan ramai berdekah!
Menerusi video yang dikongsikan oleh gadis bernama Ain, lelaki berkenaan dilihat turun dari motornya untuk menangkap semula ikan yang jatuh ke atas jalan raya.
Bagaimanapun, setelah membuat beberapa kali cubaan, ikan yang masih hidup dan berbadan licin itu gagal masuk ke dalam beg plastik yang dibawa lelaki tersebut.
Geram dengan ‘perangai’ ikan itu, lelaki yang memakai topi keledar merah itu selamba menamparnya kerana masih cuba untuk lolos dan akhirnya berjaya dimasukkan ke dalam plastik.
Setakat artikel ini ditulis, video lucu di TikTok berkenaan berjaya mengaut jumlah tontonan sehingga 1.5 juta dan mendapat 138.9 ribu tanda suka!
Ketika meneropong ke ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat nasib ikan yang tak pasal-pasal menjadi mangsa tamparan manja lelaki berkenaan.
Malah, netizen turut sempat berseloroh mengatakan sebab lelaki itu bersungguh-sungguh cuba menyelamatkan ikan tersebut kerana takut dimarahi isteri di rumah.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“Hahaha comel je abg tu tampar ikan tu sebab degil ”
“Abg pergi mana lama sngt? ‘Ikan sangkut kt jam yang’ ”
“Bini dah suruh g kedai 8 kali hari ni saja. Tgh jalan pun brenti la. Tak larat dah”
“Ikan be like : bakpo mu tapa aku ”
“ni balik confirm bini tanya mana ikan klau tk ada mesti tido luar”
Video yang tular di laman TikTok