Apabila menyebut akronim PJJ, kita tahu ia bermaksud perhubungan jarak jauh melibatkan pasangan yang sudah berumah tangga tetapi tinggal berjauhan kerana mungkin si isteri atau suami perlu bekerja di luar kawasan.
Tidak dinafikan, ianya bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi jika sudah mempunyai cahaya mata, pasti pelbagai cabaran yang perlu dihadapi kerana membesarkan anak bukanlah satu perkara yang boleh dianggap remeh.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang isteri tidak dapat menahan sebak apabila suaminya membuat kejutan pulang ke tanah air mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @fatiyaalzahra, kelihatan isteri kepada lelaki tersebut terkejut melihat suaminya yang berjalan menuju ke arah ibu mertuanya.
Isteri yang lebih mesra disapa Faty pada ketika itu sedang menguruskan anaknya lalu berlari ke arah suami sambil menangis terkejut.
Manakan tidak, difahamkan mereka tidak bersua muka selama hampir 2 tahun daripada anaknya merangkak dan kini sudah pun boleh berlari.
“Penantian 2 tahun berjauhan dengan suami dari anak merangkak, sekarang dah berlari-lari.. syukur alhamdulillah” ujar Faty
“time ni macam blur.. ingatkan pakcik suami, tapi tengok muka macam suami sendiri.. blur sebab tiba-tiba depan mata..”
Faty juga sempat memohon maaf kepada ibu mertuanya kerana menarik suaminya untuk dipeluk kerana terlalu rindu dan terkejut dengan kejutan yang dibuat.
“Maaf ibu..anak ibu baru nak cium ibu Faty dah tarik sebab betul-betul terkejut muncul depan mata” ujarnya.
“Time ni Allah je tahu perasaan Faty,happy dan terharu sangat-sangat.. kebetulan semalam memang niat tidur rumah mak mertua..” tambah Faty.
Berikut merupakan video yang tular:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 3.3M tontonan, 224.3K tanda suka, 3786 komen dan 2356 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut berasa sebak melihat si isteri yang tidak dapat menahan air mata kerana melihat suaminya yang sudah 2 tahun tidak berjumpa.
Dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang berkongsi pengalaman yang sama dimana terpaka berjauhan dengan suami atas sebab-sebab tertentu yang tidak boleh dielakkan.
Berikut antara komen warga maya: