Pastinya kita sering terlihat ada peniaga yang menjual sushi RM 1 di tepi jalan atau di pasar malam bukan? malah sushi ini juga pernah tular oleh kerana harganya yang berpatutan.
Sememangnya makanan ini mempunyai peminatnya yang tersendiri namun baru-baru ini tular dimana unpopular opinion mengenai sushi yang diutarakan seorang pelayar di Twitter.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersetuju dengan kenyataan tersebut malah ada yang menyifatkan sushi versi murah itu sebagai nasi impit berlauk.
“Dulu pernah beli sushi yang tepi jalan punya. Saja lah nak cuba. Nasi sushi bawah tu macam nasi impit je. Tukar nama je lah kakak oi nasi impit berlauk.”
“Korang tahu tak sushi ada shelf life berapa jam je selepas dibuat? Sushi mentah sepatutnya maksimum dua jam, yang dimasak penuh sehingga empat jam. Ditutup dan dalam suhu bilik. Aku tak tutup periuk nasi orang, cuma kongsi informasi.”
“Semua orang kat sini marah sebab harga RM1 je kau nak bising apa tapi pernah tak korang fikir sushi tak boleh serve dengan suhu panas? Aku pernah beli sushi jalanan begini bau dia busuk macam nak basi, tapi telan je la sebab dah beli. Nak buang bazir duit aku, rezeki. Nasib takda sakit perut.”
“Sorry kepada peniaga yang berniaga benda ni, tapi bagi aku sushi kena fresh. Walaupun saya tak pernah rasa yang jual macam ni, first impression nak beli pun macam tak ada feel sushi tu kena tekak.”
“Dah banyak kali beli sushi orang Melayu buat. Selain nasi tu tawar, inti atas tu terlalu melimpah ruah cheese dan sos sampai muak. Boleh la sekali dua beli. Nak beli acap kali, tak kot,” tulis beberapa netizen.
Dalam masa yang sama ada juga netizen yang mengatakan sushi tersebut kena dengan harga kerana ianya sangat murah malah ada juga yang menganggap bahawa orang yang tidak berkemampuan masih dapat merasa makan sushi walaupun ianya tidaklah setanding dengan kualiti hidangan di restoran Jepun yang dijual pada harga lebih tinggi.
“Seringgit satu kau nak suruh pakai pulut sama macam Sushi King ke? Dah tahu selera tinggi buat apa beli? Kau expect rasa dia sama macam Sushi King tapi bayar seringgit ke?”
“Jangan hina makanan atau rezeki orang lain hanya sebab kita mampu nak beli lebih daripada itu. Saya makan kedua-duanya, ada masa kita pergi Sushi King, Nippon Sushi dan ada masa kita rasa nak cuba sushi jalanan.”
“Maaf, keinginan nak merasa sushi itu daripada kami yang tak mampu nak makan di restoran sushi. Dengan kewujudan sushi seringgit, setidaknya dapatlah merasa walaupun kualitinya tidak setanding yang lain. Dah miskin tu miskin je la, benda murah harap rasa mahal. Dasar B40 tekak nak T20.”
“Hina betul jadi orang miskin kat Malaysia ni. Beli sushi seringgit kat pasar malam pun orang boleh buat isu,” tulis beberapa netizen.
Tweet yang tular: