Kita sering diingatkan agar sentiasa berjaga-jaga apabila berjumpa dengan orang yang tak dikenali tidak kiralah dimana pun kita berada. Bak kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain.
Benar, kita perlu berfikir positif pada sesama manusia namun bukan bermakna kita tidak perlu menjaga keselamatan diri sendiri.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana wanita ini berkongsi sebuah video yang tidak disangka-sangka ketika sedang berkelah di Genting Highland pada suatu malam.
Menerusi rakaman tersebut, 3 orang wanita itu didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan dia sedang bercakap tentang sesuatu.
“Aku tak boleh ni, aku cakap terus terang punya. Aku mabuk. Aku memang macam ni, kalau aku naik mesti aku mabuk. Aku tak bolehlah macam ni, aku pening.
“Kalau aku tak mabuk aku tak boleh…,”kata lelaki yang tidak dikenali itu dengan suara sayup-sayup.
Difahamkan, lelaki tersebut tidak perasan tindakannya dirakam oleh salah sebuah telefon bimbit yang diletakkan di satu sudut untuk merakam moment tiga sahabat itu.
“Sebenarnya dada dah dupdapdupdap. Kalau sorang-sorang tak tahulah apa jadi. Rakaman ni tak dijangka,” katanya
Bagaimanapun, terdapat satu persoalan dimana membuatkan ramai tertanya-tanya. Adakah mabuk yang dimaksudkan lelaki berkenaan mabuk yang seperti dianggan atapun hanyalah ‘motion sickness’. Perkara tersebut masih tidak dapat dirungkaikan sehingga kini.
“Itu alasan dia. Tapi kami tak tanya pun, dia yang cerita sendiri,” katanya lagi
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen takut melihat perkara tersebut dan menasihatkan agar lebih berhati-hati apatah lagi pada waktu malam
Bukan itu sahaja, ada juga dikalangan netizen yang memberikan tips dan persediaan jika terserempak atau didatangi oleh individu aneh seperti itu.
“Bawak pepper spray selalu, Standby juga mi panas tu kalau dia macam-macam boleh simbah terus”- Netizen
Antara komen warga maya:
“Nasib la bertiga, kalau sorang dah tak tau kepala fikir apa dah masa tu”
“Kena beli cincin yang ada pisau kecik tu.. tak pun beli alarm kecik yang jenis bunyi tu.. or maybe pepper spray”
“Jangan dilayan do… buat macam tak dengar apa2”
“Kalau dia macam2 simbah je maggie panas tu kat dia..”
Video yang tular di laman TikTok: