Connect with us

Viral

‘Datang Pakai Lacoste, Balik Pakai LV’ Gelagat Pemuda Curi Kaut LV Buat Netizen Berang

Kes curi selipar ni seringkali kita dengar sewaktu solat berjemaah di masjid atau surau. Manakan tidak, kasut terlampau banyak sehinggakan ada yang mencuri kerana tidak jumpa selipar sendiri.

Namun siapa sangka kes curi selipar ni juga turut berlaku di butik kerana kini kebanyakkan butik memerlukan pelanggannya untuk membuka kasut sebelum masuk ke dalam butik demi menjaga kebersihan butik itu sendiri.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana Meri iaitu pemilik jenama Bulan Bintang telah memuat naik rakaman CCTV di depan butiknya yang memaparkan seorang lelaki telah bertindak mengambil kasut pelanggannya dan menukar dengan kasut dipakainya mencuri perhatian ramai.

Menerusi rakaman CCTV tersebut, dapat kita lihat lelaki tersebut masuk ke dalam butik Bulan Bintang dan keluar dengan memakai kasut Lacostenya semula. Namun tiba-tiba dia ternampak satu kasut berjenama Louis Vuitton (LV) yang berada di luar butik dan bertindak menukar kasutnya dengan kasut tersebut.

Menyedari hal itu, Pemilik kasut LV tersebut meminta Meri untuk memasang rakaman CCTV bagi mencari kasutnya yang hilang dan difahamkan kasutnya itu baru sahaja dibeli.

“Terkejut aku. Aku pun turun dan memulakan kerja-kerja CSI aku. Abg tu kata, kasut tu dia baru je beli. Lagi lah aku kesian dengar.”

“Abg tu pulang dengan rasa kecewa, tanpa kasut beliau. Apa-apa pun, abg tu customer aku. Aku faham sangat perasaan dia.” katanya

Susulan kejadian itu, Meri berharap agar pencuri yang menukar kasut tersebut tampil memulangkan semula kasut pelanggannya itu.

Meri juga meletakkan kasut lacoste milik lelaki di hadapan butik dengan harapan dia datang menukarnya semula.

“Kepada abg kasut Lacoste, kasut abg saya letak tepi pintu tadi. Esok2 abg datanglah pulang balik ye kasut customer saya tu. Tolong ye bang. Oh lagi satu, kasut LV pulak tu.” ujarnya

Video yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by orang panggil meri (@meripergibulat)

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 15.8K tontonan, 1137 tanda suka dan 68 komen di applikasi Instagram.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengecam tindakan lelaki tersebut dan menyifatkan dia sebagai manusia yang tidak tahu malu kerana menukar kasutnya dengan kasut LV milik orang lain.

Bukan itu sahaja, malah para netizen juga berharap dia bertanggungjawab dengan memulangkan semula kasut tersebut kepada pemilik.

Antara komen warga maya:


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.