Orang Asli merupakan penduduk awal yang sering dikaitkan sebagai kaum
peribumi yang dijumpai di Semenanjung Malaysia.
Hak mereka termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan melalui undang-undang seperti Akta Orang Asli 1954 dan juga Perisytiharan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Asli (UNDRIP) yang disokong oleh Malaysia pada 2007.
Hak Tanah Adat dilindungi di bawah Kanun Tanah Negara setiap negeri berdasarkan penggazetan namun demikian penggazetan ini tidak menyeluruh dan banyak kawasan yang masih belum diiktiraf sebagai tanah adat Orang Asli.
Jumaat lepas, tular di Twitter di mana seorang wanita berbangsa orang Asli berang apabila seorang peneroka bergelar ‘Datuk’ datang ke tempat mereka.
Menurut video TikTok yang dimuat naik ke Twitter oleh @abcdan93rous, wanita itu bersemuka dengan Datuk yang membawa beberapa orang lagi lelaki yang dipercayai pembantunya.
Wanita itu juga berani dan lantang bersuara tentang keengganannya memberi izin kepada pihak tersebut untuk menjalankan tugas tertentu berkaitan tanah di kawasan kampung itu.
“Saya tak takut sebab saya tak pergi kacau orang bandar. Tak pergi kacau Datuk. Datuk yang kacau orang asli. Tak cukup makan ke lagi Datuk kat bandar?
“Kita sebagai manusia, prihatin la sikit. Saya faham awak orang kerja. Datuk tu memang melampau saya cakap. Kita orang kalau buang kat sini, jangan cakap 1,000 ekar dia nak ambil, orang kampung, ni nak pergi mana?”
Dikatakan, pihak yang ditugaskan menjalankan kerja-kerja di situ tidak memberi notis awal seperti yang dijanjikan kepada penduduk orang Asli di kampung itu.
Beberapa orang asli yang lain turut dilihat berada di sekeliling wanita tersebut, terdiam melihat wanita berang itu memarahi individu tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyokong tindakan wanita tersebut atas sikap rakus pihak tersebut.
Malah, netizen menyokong wanita yang mempertahankan hasil bumi yang ada di kawasan mereka.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter
Ciapan yang tular di laman Twitter