Seperti yang kita sedia makhlum, sudah menjadi rutin kebiasaan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memaklumkan beberapa perkara penting pada sidang media berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Namun pada kali ini, apa yang menarik adalah penampilan Naib Presiden UMNO itu sentiasa diteliti rakyat.
Datuk Seri Ismail Sabri pakai tanda nama tulisan Jawi
Jika sebelum ini beliau pernah tular dengan pelbagai corak dan warna baju yang digayakan ketika sidang media yang seakan bertemakan makanan.
Terbaru, beliau kelihatan memakai tanda nama tulisan Jawi ketika sidang media dua hari lalu sehingga mendapat perhatian seorang pengguna di laman Twitter.
Tag nama Datuk Seri Ismail Sabri memang cantik
“DS @IsmailSabri60, saja nak bagitau, tag nama DS memang cantik. Boleh share kat mana DS tempah?,” tulis pemuda dikenali sebagai Ashraf.
Datuk Seri Dr Wan Azizah turut memakai tanda nama jawi sebelum ini
Sementara itu, sebelum ini bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pernah melakukan perkara yang sama.
Datuk Seri Dr Wan Azizah turut memuat naik sekeping gambar beliau memakai tanda nama tulisan jawi dan mendapat pujian ramai
Dapat pujian dari netizen
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan ia adalah usaha yang baik bagi memartabatkan tulisan jawi selain memuji kecantikan tanda nama tersebut.
Semoga perkara yang baik ini dikongsikan dan dijadikan contoh kepada kita semua dalam usaha kita memartabatkan bahasa jawi.