Sering kali kita dengar tentang ‘pilot darat’ bukan? ianya merupakan individu yang bekerja membawa treler ataupun lori yang besar dan panjang. Pekerjaan ini dilihat sangat hebat kerana tidak semua daripada kita mampu untuk mengendali kenderaan ini.
Pun begitu, tidak dinafikan setiap pekerjaan mempunya cabarannya tersendiri termasuklah juga pilot darat. Bukan sahaja terdedah dengan risiko kemalangan yang tinggi malah perlu meluangkan masa yang lebih di atas jalan raya berbanding bersama keluarga.
Bukan itu sahaja, pekerjaan ini juga memerlukan tahap fokus yang tinggi ketika memandu dan perlu menahan daripada mengantuk dek kerana perjalanan yang jauh dan kemampuan pergerakkan treler yang bergerak secara perlahan mengikut kelajuan yang telah ditetapkan.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki ‘melayan’ karenah pengikutnya di TikTok yang memintanya untuk mendedahkan penyata slip gaji.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya iaitu @Madrizz_Official, pada awalnya dia tidak mahu mendedahkan perkara tersebut atas sebab-sebab tertentu namun oleh kerana ianya merupakan soalan yang paling banyak dia terima maka lelaki ini mendedahkan slip gajinya dengan niat sekadar ingin berkongsi dan menjawab semua pertanyaan.
Namun siapa sangka, gajinya mencecah RM 9000 sebulan dimana pada ketika itu gaji kasar yang ditunjukkan berjumlah RM 8883.96 namun setelah ditolak potongan EPF dan SOCSO, dia berjaya meraih gaji bersih sebanyak RM 6215.66 sebulan.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.8M tontonan, 167.9K tanda suka, 5322 komen dan 7792 perkongsian di TikTok.
Meninjau di ruangn komen, rata-rata warga netizen kagum melihat perkongsian lelaki ini malah ada yang terkejut melihat slip gaji lelaki ini yang hanya pemandu lori.
Dalam masa yang sama, ramai juga tidak menafikan ‘pilot darat’ sememangnya boleh memiliki gaji yang tinggi jika berusaha keras namun siapa sangka pekerjaan ini terdedah dengan pelbagai risiko.
Ada juga dikalangan netizen yang merupakan isteri kepada ‘pilot darat’ mengakui mereka tidak mempunyai banyak masa bersama keluarga ekoran suami perlu memberi masa yang lebih kepada pekerjaannya.
Berikut merupakan komen warga maya: