Connect with us

Viral

Dedah Perangai Sebenar Isteri di Rumah, Netizen Syak Suami Dah Lama Pendam

Kata orang, kita takkan tahu perangai sebenarnya pasangan kita sampailah waktu kita sebumbung dengannya. Biasalah, semasa bercinta semuanya manis.

Mustahil untuk pasangan kita tunjuk perangai sebenar di hadapan kita.

Sebelum kahwin, semuanya indah. Kentut pun tak ditegur malah dikatanya harum semerbak. Tapi lain pula jadinya selepas kahwin.

Beberapa bulan yang lepas, instafamous Asyalliee telah memuatnaik sebuah video di platform TikTok miliknya yang memaparkan suaminya yang tersayang meniru semula perangainya yang sebenar sewaktu berada di rumah. Setakat ini, video itu telah mendapat lebih 2 juta tontonan!

Tidak ketinggalan trend, Asyalliee juga turut serta dalam ‘My husband turns into me for a day’ Challenge di mana si suami harus meniru semula kelakuan-kelakuan sebenar para si isteri.

Mungkin suami Asyalliee sudah pendam lama, dia pun tidak melepaskan peluang untuk melakonkan semula perangai isterinya itu.

Antara babak-babak yang bikin netizen berdekah adalah apabila si suami meniru gaya si isteri bersiap di depan cermin, cara memujuk anak dan ketika serabut mencari selipar!

Banyak lagi babak yang cuba disampaikan oleh suami Asyalliee menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok bernama @asyallieeahmad08.

Terdengar ketawa Asyalliee yang terbahak-bahak, netizen dapat meneka bahawa apa yang dilakonkan semula itu memang perangai sebenar Asyalliee!

Video tular di laman Tiktok:

@asyallieeahmad08 My husband turns into me for a day 😆 @eboyarbaain95 ♬ original sound – Asyalliee Ahmad

Selain mendapat jutaan tontonan, video yang mencecah hampir 300 ribu likes dan 5000 perkongsian itu menghiburkan banyak hati netizen.

Menjengah di ruangan komen, ramai yang berseloroh dan ketawa melihat pasangan suami isteri ini. Berikut adalah antara komen yang diberikan oleh netizen di TikTok.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.