Connect with us

Viral

Demi Cinta Hati, Lelaki Ini Sempat Kopek Udang GF Walau Tengah Lepak Dengan Member

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas.

Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya.

Seperti yang kita tahu, perempuan dan manja tidak dapat dipisahkan. Terkadang penutup botol air mudah sahaja untuk kita buka, namun bila bersama pasangan, penutup botol air pun tak larat nak buka! hehehe..

Sama juga dengan video yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki ‘melayan’ manja teman wanitanya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang kurang 15 saat itu, wanita yang lebih dikenali sebagai Mika dilihat memanggil teman lelakinya untuk meminta sedikit bantuan.

Namun apa yang membuatkan orang ramai terharu, lelaki tersebut yang difahamkan sedang melepak bersama rakan tanpa berlengah datang menghampiri wanita tersebut untuk kopekkan udang.

Video yang tular di laman TikTok:

@beybiemieykaa_ tengah lepak pon sanggup kopek udang 🤪#fypシ #fyp #fypdongggggggg ♬ original sound – Fatil (Kento) – Fatil Kento

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 505.6K tontonan, 27.1K tanda suka, 933 komen dan 907 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berhasrat untuk memiliki pasangan seperti lelaki tersebut. Ada juga yang mendoakan agar mereka berkekalan dan bahagia sehingga ke hujung nyawa.

“masa bercintan dulu selalu dia kopekkan.. dah 15 tahun kawin akak pulak yang kena kopekkan untuk dia”

“Ni dah tahap ngada2”

“Bila kau dihargai.. moga bahagia selalu”


“Tak ada istilah masih wangi.. semua dari hati kita”

“Kat shopee ada tak yang jenis acenni..”

“Sumpah one in million..”

Indahnya kalau hidup saling menghargai pasangan masing-masing.. yang mana single tu single jela.. kopek lah udang tu sendiri.. kihkihkih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.