Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa kekal selamanya. Begitulah pepatah yang sesuai digambarkan apabila kita berbicara mengenai kasih ibu dan ayah.
Ketika kecil, ibu dan ayah yang menjaga dan membesarkan kita. Apabila mereka meningkat usia kita sebagai anak yang perlu membalas jasa mereka.
Saya buat keputusan tidak menyambung pengajian demi jaga ibu
Memetik laporan Harian Metro, satu kisah mengenai pengorbanan seorang anak demi menjaga ibunya yang sedang sakit di kampung.
“Saya dah buat pertimbangan muktamad tidak lagi mahu menyambung pengajian kerana ingin jaga ibu sakit hingga ke akhir hayat,” kata Nor Syuhadah Aziz, 24.
Ujar dia yang tinggal di Kampung Limau Kasturi 2, dekat sini, berkata, tidak mengambil kisah walaupun terpaksa bergadai masa depan kerana tidak mempunyai pekerjaan kelak.
Tolak dua tawaran melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi
Jelasnya lagi, apa yang lebih penting dapat korbankan masa menjaga ibunya yang sakit dengan penuh kasih sayang dan dia seorang menjadi harapan keluarga berbuat demikian.
Dia mengakui terpaksa menolak dua tawaran melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi kerana tidak mahu berpisah dengan ibunya yang sakit.
Nor Syuhadah pernah ditawarkan melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak pada 2015 dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kuala Lumpur pada 2017.
Ibu sakit kanser otak dan saya perlu menjaganya termasuk suapkan makanan
“Ibu saya, Noraini Ismail, 55, sakit kanser otak enam tahun lalu dan perlu bagi saya menjaga dia sepanjang hari termasuk menyuap makanan dan membersihkan badan”.
“Saya adalah anak ke lapan daripada sembilan adik beradik tidak mahu menyesal apabila mama berdepan kejadian tidak diingini kelak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurut Nor Syuhadah, dia juga masih tinggal bersama bapa, Aziz Abdullah, 59, dan seorang adik bongsu, Nur Atirah Aziz, 18, yang juga sedang menunggu melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.
“Enam kakak bersama abang sudah berumah tangga dan berada di luar Kelantan jarang pulang ke kampung kerana sibuk dengan tugas,” katanya.
Semoga ibu kepada Nor Syuhadah terus sihat dan kuat seperti sediakala.