Connect with us

Viral

“Demi like, view & content,” Buat Cerita Lari Masa Nikah, Keluarga Pengantin Lelaki Dedah Hal Sebenar

Semalam, kisah mengenai seorang pengantin lelaki tidak muncul semasa majlis akad nikah mendapat perhatian warganet.

Momen-momen tersebut telah dirakam dan dimuat naik di aplikasi TikTok oleh pengantin perempuan.

Apa yang menyedihkan, apabila segala persiapan yang rapi telah dibuat, namun perkahwinan tersebut tidak berlangsung seperti mana yang telah dirancangkan.

Terbaru, menerusi ruangan komen keluarga kepada pengantin lelaki tampil menjelaskan perkara yang sebenar.

Kakak ipar kepada pengantin perempuan itu yang dikenali sebagai Emily Dzawir, menerusi komen menjelaskan perkara sebenar apa yang telah terjadi.

Menurut wanita tersebut, video yang dimuat naik di aplikasi TikTok dipercayai dilakukan semata-mata demi content untuk meraih simpati netizen.

Tidak berakhir di situ, suami pengantin wanita itu juga pernah memfailkan penceraian kepadanya namun dihalang oleh keluarganya sendiri.

Bila disoal mengapa berbuat sedemikian, dia (pengantin) mendakwa video tersebut dibuat demi meraih like, views, dan untuk marketing perniagaanya.

Kini, kesemua video tersebut telah dipadam olehnya dan tidak dapat lagi dilihat bagi tontonan umum.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan wanita tersebut yang dikatakan ‘mengejar’ populariti.

Tambahan pula, netizen turut mempersoalkan tindakannya yang seolah-olah tidak menjaga perasaan suaminya sendiri dan melakukan perkara yang tidak ‘normal’ demi meraih simpati orang ramai.

Terdahulu, Atiqah memuat naik beberapa video di TikTok menceritakan ketabahannya diuji apabila bakal suaminya tidak menghadirkan diri semasa majlis akad nikah mereka berdua.

Menerusi video TikTok yang berdurasi lebih 32 saat itu, memaparkan ‘ketabahan’ wanita itu berhadapan dengan ujian yang sangat berat.

Dalam video tersebut, menunjukkan segala persiapan sudah dibuat termasuk pelamin, hantaran, dan make up.

Namun wanita itu mendakwa bakal suami tidak hadir bagi upacara ijab dan kabul itu.

Malah dakwanya lagi dia bersama keluarganya terpaksa akur dengan apa yang terjadi dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Lagi ‘menyedihkan’ apabila pelamin mahal yang ditempahnya tidak sempat digunakan untuk upacara bersanding namun telah dikemas dan dicabut.

Tidak berakhir di situ, dia sempat memuat naik lagi satu video wajahnya yang cantik setelah disolek sebagai kenangan buatnya pada masa akan datang.

Video-video tersebut dihujani dengan ratusan komen yang mendoakan supaya dia berjumpa dengan jodoh yang lebih baik pada masa akan datang.

Malah, netizen turut memuji wanita tersebut kerana masih kuat berdepan dengan ujian itu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.