Kini semuanya dihujung jari dimana peniaga mula menggunakan platform di atas talian seperti applikasi Mudah, Carousell, Instagram, Facebook, Bigo, Shopee dan yang paling famous adalah di applikasi TikTok bagi menjual barangan.
Dapat kita lihat di applikasi tertentu, peniaga bukan sahaja cuma memuat naik gambar barangan jualan malah dapat membuat ‘live’ dimana mereka juga boleh berinteraksi dengan pelanggan dan menunjukkan lebih detail rupa bentuk barangan jualan mereka.
Sering kita lihat, bagi siapa yang aktif menjual pakaian secara live, mereka akan menggunakan patung mannequin untuk menunjukkan detail pakaian.
Pun begitu, lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang menjual pakaian kucing menjadikan kucingnya sebagai model mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @cicichania96, kelihatan dia sedang mempromosikan jualannya secara langsung di TikTok .
Namun apa membuatkan orang ramai terhibur adalah dia menjadikan dua ekor kucingnya sebagai model baju kucing yang dijual dan apa yang membuatkan orang ramai terkejut adalah kucing tersebut kelihatan sangat ‘behave’ dan hanya duduk setempat.
Malah, si bulus ini juga tidak kisah jika tuannya ingin menukar beberapa helai baju sekalipun malah dia kelihatan tidak ‘mengamuk’ bila dipakaikan topi, kaca mata hitam dan rantai.
Pada awalnya, netizen akui menyangka ianya hanyalah sekadar patung namun apabila diteliti betul-betul, ianya adalah kucing sebenar. Memang bergaya betul si bulus ni, dah boleh join geng Ootd kalau macam ni!
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 5.6M tontonan, 567.6K tanda suka, 12.6K komen dan 24.0K perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat duaekor kucing ini yang langsung tidak kisah menjadi model untuk tuannya.
Malah dalam masa yang sama, para netizen juga berseloroh mengatakan kucing tersebut seolah-olah tahu skop kerjanya sebagai model baju kucing.
Antara komen warga maya: