Connect with us

Viral

“Demi sesuap Whiskass” Si Bulus Bantu Tuan Pegang Kayu Masa Gergaji Buat Netizen Terhibur

Terdapat banyak sebab mengapa haiwan seperti kucing ini sering menjadi perhatian dan popular dikalangan masyarakat untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Selain daripada memiliki penampilan fizikal yang comel dan gebu, binatang ini turut membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya terpikat untuk dijadikan sebagai teman istimewa apatah lagi sejenis sukakan perhatian dari manusia untuk bermanja.

Namun terkadang ada juga masanya si bulus ini terlihat ‘membantu’ tuannya bagi melakukan sesuatu benda sama seperti video yang tular aru-baru ini dimana kucing ini rajin menolong tuannya memegang kayu masa gergaji telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @paq_zack, kelihatan kucing ini cukup bijak menahan kayu sedangkan tuannya sedang gergaji.

Tuannya yang merakam gelagat kucing itu hanya mampu ketawa terbahak-bahak ekoran si bulus tersebut sangat rajin membantu menahan kayu.

Video yang tular di laman TikTok:

@paq_zack Tu la..tuan suruh pi main kot luaq takmau… kan dah kena pegang…🤣🤣🤣 #fyp ♬ original sound – KNAPE ERK! 🎗

Ketika artikel ini ditlis, video tersbeut telah meraih 1.5 Juta tontonan, 87.4K tanda suka, 3362 komen dan 9978 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat kucing tersebut yang sangat ringan tulang dan berseloroh berharap agar kucing perliharaan mereka akan seperti itu kelak.

Bukan itu sahaja malah para netizen juga tak boleh ‘relate’ situasi tersebut dengan kucing mereka ekoran kucing mereka akan lari jika terdengar bunyi bising seperti orang sedang menukang kerana takut.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Kalau aku tau..awai lagi aku dah kuar ikut John”

“Rajin tolong tuannya bertukang..Nak buat rumah baru untuk dia ke”

“Kalau kucing saya, dengar bunyi gergaji tu pun, pakat cabut lari dah”


“Ini selalu jadi bila korang upahkan pekerja murah”

“Boleh juga menolong”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.