Connect with us

Viral

“Dengar suara bapak, auto celik” Tak Sedar Walau Berkali-kali Ibu Kejut, Sekali Ayah Bersuara Terus Bangun

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.

Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri dan tidak dinafikan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.

Antara ragam yang paling selalu ibu ayah perlu hadap adalah anak yang susah untuk bangun daripada tidur sehinggakan perlu dikejut berkali-kali.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak perempuan kelihatan ‘liat’ untuk bangun pagi mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @rosafidaismail, memaparkn seorang budak perempuan sedang nyenyak tidur dikejutkan oleh ibunya.

Namun setelah berkali-kali memujuk, cubaan mengejutkan anaknya itu hanyalah sia-sia kerana budak perempuan itu seolah-olah tidak menghiraukannya dan memilih untuk tetap berada di alam mimpi.

Bagaimana pun, budak perempuan tersebut dengan pantas bangun secara tiba-tiba apabila mendengar suara ayah yang mengejutnya daripada tidur dengan hanya sekali arahan sahaja.

Video yang tular di laman TikTok:

@rosafidaismail Reply to @anak2kunyawaku ♬ Funny Song – Cavendish Music

@rosafidaismail🤣🤣🤣♬ Funny Song – Cavendish Music

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 374.4K tontonan, 24.1K tanda suka, 491 komen dan 230 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat budak perempuan tersebut yang takut akan ayahnya berbanding ibunya.

“Saya bukan apa lah. Bunyi tapak kaki ayah pon dh seram. Terus segar bugar”- Netizen

Bukan itu sahaja, malah ramai juga berseloroh mengatakan kejutan ibu itu terasa masih berada dalam alam mimpi manakala kejutan ayah pula terasa bagai askar yang perlu bangun untuk pergi berperang.

Berikut merupakan komen warga maya:

“kami yg dh tua ni pun mak kejut sllu xjln. abah pegang tombol bilik blh bgn terus.”

“dulu , jgn kata suara ayah. bunyi motor je dah lintang pukang”

“Arwah ayah kejut sebut nama je tegak terus aku..”


“kalau bapak panggil nama biasa xpe kalau nama penuh pisyang mat”

“bapak aku dulu, dia berdehem jek anak2 semua lintang pukang carik port amek wudhuk”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.