Pertunjukkan yang dibuat oleh ahli akrobatik nyata memerlukan keseimbangan, ketangkasan, dan koordinasi motorik dan focus yang amat tinggi kerana ianya bukalah satu persembahan yang mudah untuk dilakukan malah jika tersilap langkah, boleh berlakunya kecederaan yang serius.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemain akrobatik secara tiba-tiba hilang keseimbangan semasa berjalan di atas tali sebelum terjatuh dari atas.
Memetik laporan Daily Mail, mangsa yang dikenali sebagai Makhmud Suanbekov, 33 hilang kawalan sebelum dia jatuh ke dalam gelanggang sarkas setinggi 24 kaki sewaktu dia sedang mengimbangi ibunya, Sairakan Suanbekova, 56, di atas kepala semasa membuat persembahan di hadapan penonton di Rusia.
Bagaimana pun, lelaki tersebut dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan tulang walaupun sudah terjatuh pada ketinggian tersebut.
“Selepas terjatuh, pemain akrobatik itu masih boleh berjalan walaupun terencut-encut,”
Mangsa diberikan bantuan pertolongan cemas sejurus jatuh dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Dalam masa yang sama, ibunya diselamatkan oleh tali keselamatan pada saat lelaki tersebut jatuh ke gelanggang sarkas.
Seolah-olah tidak percaya, Ahli-ahli sarkas yang lain mengatakan bahawa kejadian ngeri itu sesuatu yang ajaib kerana mangsa tidak mengalami kecederaan yang serius seperti retak tulang walaupun jatuh daripada ketinggian 24 kaki.
Hal ini kerana, terdahulu abang kepada mangsa yang juga merupakan ahli akrobatik pernah berdepan kejadian yang sama tetapi mengalami kecederaan yang parah hingga mengambil masa hampir setahun untuk pulih.
Berikut merupakan video penuh kejadian tersebut: