Kemalangan adalah satu benda yang kita tidak boleh jangka bahkah ianya boleh berlaku tidak kira waktu dan tempat apatah lagi yang melibatkan bencana alam seperti banjir, tanah runtuh mahupun pokok tumbang.
Sama juga dengan insiden yang tular baru-baru ini dimana 2 buah kereta rosak dihempap pokok tumbang berhampiran masjid di Jalan 2/27A, Wangsa Maju.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.45 petang.
“Seramai lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dikejarkan ke lokasi.”
“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati terdapat pokok tumbang menghempap kereta Honda Civic dan Perodua Myvi yang diletakkan di jalan berkenaan hingga menyebabkan remuk dan rosak.”
Menerusi video tersebut, dapat kita lihat pemandu dan beberapa orang penumpang keluar daripada kereta untuk menyelamatkan diri dan barangan peribadi.
Difahamkan, pokok berkenaan tumbang oleh kerana angin kencang dan hujan lebat.
Beberapa anggota yang bergegas ke tempat kejadian bertindak memotong dan mengalihkan pokok itu dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Tiada mangsa dilaporkan cedera dan operasi tamat sepenuhnya pada 6.20 petang,” katanya.
Video yang tular di laman Facebook:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih 70K tontonan, 467 komen dan 1.2K perkongsian di laman Facebook.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut terkejut melihat keadaan tersebut namun dalam masa yang sama bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan ekoran kejadian itu..
Dalam masa yang sama, para netizen juga menghembus nafas lega kerana tiada penunggang motosikal yang berhenti di lampu merah ketika itu.
Berikut merupakan komen warga maya:
“Nasib baik kereta dah maju ke depan sikit.. ngam2 kena rangka belakang..”
“Malang tidak berbau.. apa2 pun syukur takda apa2 cumanya kereta yang kena”
“Basib baik la bukan penunggang motorsikal di situ..”
“Tanam pokok jenis rapuh2 macam ni la jadinya..”
Syukur pemandu dan penumpang kedua-dua kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Hati-hati sewaktu berjalan atau berhenti berhampiran pokok musim-musim sekarang ya.