Connect with us

Viral

[VIDEO] “Lajuu giler..” Wanita Baru Lepas Pantang Maut Dilanggar, Tinggalkan Anak 3 Bulan

Malang tidak berbau, begitulah peribahasa yang sering digunakan apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini seperti kecelakaan jalan raya.

Semua pengguna jalan raya diingatkan untuk sentiasa memandu dengan berhati-hati, namun begitu masih ada segelintir rakyat yang tidak mematuhi peraturan.

Apa yang lebih menyedihkan, hanya kerana kecuaian pemandu yang tidak bertanggungjawab ini nyawa pengguna jalan raya lain yang terkorban.

Seorang wanita terkorban dalam kejadian itu

Begitu juga yang terjadi kepada seorang wanita yang terkorban selepas kereta dipandunya terlibat dalam satu kecelakaan jalan raya.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Lebuh Raya Persekutuan dekat Kilometer 32.9 menghala ke ibu negara.

Perodua Axia yang dipandu wanita berkenaan dirempuh dari belakang

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu masing-masing sebuah kereta jenis Perodua Bezza dan Perodua Azia.

“Sewaktu kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, kereta jenis Perodua Axia yang dipandu oleh seorang wanita berusia 33 tahun di lorong tengah telah dirempuh dari belakang oleh kereta Perodua Bezza yang datang dari lorong paling kanan.”

Perodua Bezza tiba-tiba bertukar lorong ke kiri dalam keadaan laju

“Pemandu Perodua Bezza yang secara tiba-tiba bertukar lorong ke kiri dalam keadaan laju telah merempuh bahagian belakang kereta wanita berkenaan.

Rempuhan tersebut mengakibatkan ia hilang kawalan dan terbalik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pemandu wanita Perodua Axia disahkan meninggal dunia

Jelas Mohamad Fakhrudin, akibat pelanggaran itu, wanita berkenaan yang memandu seorang diri telah mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan.

“Kira-kira pukul 3.35 petang hari yang sama, kami telah dimaklumkan oleh pihak PPUM bahawa mangsa yang parah disahkan telah meninggal dunia.”

Menerusi perkongsian di laman Facebook Ida Zuraida, sekeping gambar bayi bersama ibu kepada mangsa kelihatan sayu menerima pemergian yang tidak diduga itu.

Pemandu Bezza tidak mengalami sebarang kecederaan

“Namun, lelaki yang memandu kereta Perodua Bezza itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” lapor Kosmo.

“Hasil ujan air kencing dan ujian pernafasan ke atas pemandu lelaki berusia 34 tahun itu didapati negatif daripada sebarang bahan terlarang serta alkohol,” ujarnya.

Suspek dilepaskan dengan jaminan atas faktor kesihatan

Tegas Mohamad Fakhrudin, siasatan berhubung kemalangan tersebut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan berhubung kejadian masih dilakukan dan suspek telah ditahan serta diambil keterangan namun dia kini telah dilepaskan dengan jaminan di atas faktor kesihatan,” jelas beliau.

Perodua Bezza memecut laju sebelum rempuh kenderaan lain

Terdahulu, satu klip video kamera papan pemuka telah tular di laman Twitter semalam memaparkan tindakan pemandu Perodua Bezza yang memecut laju sebelum merempuh kenderaan lain.

Pemandu Bezza serah diri

Difahamkan, pelaku tersebut tidak melarikan diri selain telah menyerah diri di Balai Polis Petaling Jaya.

Menurut perkembangan terbaru, pemandu Bezza tersebut telah menyerah diri di Balai Polis Petaling Jaya.

Mangsa baru sahaj kembali bekerja selepas cuti berpantang

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian video berkenaan menerima kritikan daripada netizen.

Ada yang menyifatkan pemanduan individu itu sebagai mementingkan diri sendiri dan tidak sepatutnya dibenarkan untuk memandu di atas jalan raya.

Apa yang lebih menyayat hati, netizen yang mengaku mengenali wanita berkenaan turut mendakwa bahawa mangsa yang maut baharu sahaja kembali bekerja apabila tamat tempoh berpantang selepas melahirkan anak kedua beberapa bulan lalu.

Salam takziah kepada keluarga mangsa, semoga keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan melalui dugaan ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.