Connect with us

Semasa

”Dia bersalaman dengan saya..” Kanak-kanak Terjatuh Dari Tingkat 15, Ibu Ceritakan Petanda

Malang tidak berbau, tanpa diduga perbuatan bersalaman dengan ibunya merupakan petanda bahawa kanak-kanak ini mahu pergi selamanya.

Ujar Nurul Emilia, yang merupakan ibu kepada Muhammad Aryan Difa Danish Mohd Azizul, 6, yang maut selepas terjatuh dari rumahnya di tingkat 15, Flat Ladang Gemilang Satu di sini.

Ketika mengemas rumah, dia bersalaman dengan saya

“Pagi tadi ketika mengemas rumah, dia bersalam dengan saya dan tidak sangka ia adalah tanda perkara tidak baik berlaku kepadanya,” kata Nurul Emilia Ali, 34.

Dia tidak menyangka perbuatan anaknya (bersalam) yang dianggap sebagai suka-suka itu adalah salaman terakhir apabila anak ketiga daripada empat beradik itu pergi meninggalkan keluarga buat selama-lamanya.

Sedih dengan pemergiannya secara tiba-tiba

“Memang sedih dengan pemergiannya yang secara tiba-tiba, namun kami reda dan menerima qada dan qadar yang sudah ditetapkan Allah walaupun perit untuk menerimanya,” katanya ketika ditemui di pekarangan rumah mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.

Menurutnya, dia bersama anak bongsunya ke kedai di kawasan sekitar flat itu untuk membeli makanan.

Kanak-kanak itu sedang tidur ketika ibunya keluar

Jelas Nurul Emilia lagi, kebiasaannya dia akan membawa kanak-kanak terbabit bersama ke kedai membeli makanan tetapi disebabkan ketika itu kanak-kanak itu sedang tidur menyebabkan meninggalkannya sendirian.

Katanya, dua abangnya sudah keluar bermain dan suaminya, Mohd Azizul Mohamad, 35, pula yang bekerja sebagai jurujual berada di Dungun.

Mungkin dia mahu menjenguk melihat je bawah

“Sebelum keluar saya memasang cerita kartun tetapi tidak menyangka apabila terjaga dia menanggalkan sekeping tingkap cermin nako di ruang tamu dan letak di atas sofa”.

“Saya tidak tahu apa tujuannya tetapi kemungkinan dia mahu menjenguk untuk melihat ke bawah”.

Sebelum ini dia tidak pernah berbuat demikian

“Saya berasa agak pelik kerana sebelum ini dia tidak pernah berbuat demikian,” lapor Harian Metro.

Kejadian berlaku pada 4 petang semalam dan mangsa yang juga murid prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Ladang di sini, ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat 15 flat berkenaan.

Takziah kepada keluarga adik Allahyarham Muhammad Aryan Difa. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.