Connect with us

Viral

“Dia bilal surau & dihormati,” Dinodai Sejak Kecil, Gadis Luah Rasa Malu Berbintikan Nama Ayah

‘Ayah merupakan cinta pertama setiap anak perempuan’ , itulah yang sering kita dengar namun masih ada manusia ynag bertopengkan syaitan dimana terlalu mengikut nafsu sehingga sanggup menodai anak perempuan nya sendiri.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana ayah yang sepatutnya menjadi pelindung setiap ahli keluarga berubah menjadi seorang yang seolah tidak dikurniakan akal sehingga sanggup membuat perkara keji terhadap anak perempuannya.

Menerusi rancangan ‘Dengar’ di TV Al-Hijrah, seorang penghuni di Raudhatus Sakinah yang hanya mahu dikenali sebagai Emy berkongsi pengalaman hitamnya dimana dia dinodai oleh bapanya sendiri sejak umur 4 tahun lagi.

Dia turut mengakui pada ketika itu dia langsung tidak mengetahui bahawa apa yang dilakukan oleh ayahnya itu salah ek kerana ayahnya merupakan sosok yang disegani masyarakat apatah lagi dia merupakan seorang bilal.

Bukan itu sahaja, selain turut menjadi AJK kampung, dia juga dikenali dengan seorang yang berkata-kata manis sehinggakan keperibadiannya ini menutup 1001 perkara buruk yang tersirat.

Difahamkan, pada usia Emy 15 tahun, ayahnya itu pergi menghadap Ilahi. Wanita ini juga turut mengakui bahawa dia menyifatkan ini seolah-olah pertolongan daripada Allah buat dirinya dan akhirnya beban yang dipikul sudah bertemu titik pengakhiran.

Video yang tular di TikTok:

@amirul_tokaiberat ujian adik ini ya allah 🥺♬ bunyi asal – Amirul_tokai

“Perasaan berbintikan nama ayah”

@amirul_tokaiBerat ujian adik ini 🥺♬ bunyi asal – Amirul_tokai

“Perubahan setelah masuk Raudhatus Sakinah”

@amirul_tokai Balas kepada @shalizaalladdin ♬ bunyi asal – Amirul_tokai

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sedih mendengar kisah perjalanan hidup anak gadis ini.

Tidak cukup dengan itu, ramai diantara warga netizen yang meninggalkan kata-kata semangat agar Emy terus kuat dan cekal menjalani liku-liku kehidupan.

“Kuatnya semangat dia.. mampu belajar alagi samai diploma.. kalau sesetengah orang dah tak ada harapan nak hidup”

“Kesedihan dari mata dia boleh nampak trauma semasa kecil”


“Alim is not maksum”

“semoga Allah gantikan seorang lelaki yang sangat baik akhlak dan baik agamanya yang akan melindungi Emy dunia dan akhirat”

“every child deserves a parent but not every parent deserves a child”

Dalam padaitu, Pusat Remaja Raudhatus Sakinah berharap agar para netizen dapat mendoakan Emy dan penghuni Raudhatus Sakinah sama ada yang sedang dibimbing atau sudah tamat bimbingan semoga terus kuat dan tabah.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.