Setiap orang tua mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak-anaknya. Ada yang menerapkan pola kedisiplinan yang tinggi, ada pula orang tua yang sangat membebaskan anaknya terhadap pilihan yang disukai anak tersebut. Namun sudah tentu setiap didikan mempunyai kelebihan masing-masing.
Sesetengah orang cara didikannya mungkin terlihat kasar daripada sudut pandangan masyarakat namun siapa sangka itulah merupakan jalan yang terbaik untuk mendidik anaknya supaya ‘menjadi orang’ satu hari kelak.
Fitrah naluri seorang ibu pasti akan merasa sedih apabila anaknya dimarahi oleh orang lain namun untuk keaikan dia terpaksa membiarkan supaya anaknya lebih terdidik dan tahu akan buruk bai sesuatu perkara.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang isteri yang lebih dikenali sebagai Nur Aziati Rahimi, 30 memuji sikap suaminya Mohamad Syadam Mohd Pauzi, 30 dalam mendidik anak-anak mencuri perhatian ramai.
Difahamkan, itu merupakan video ‘throwback’ dimana mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang ke Kelantan.
Memetik laporan mStar, pasangan suami isteri dan anaknya ini menetap di Bukit Rangin, Kuantan, berkata, pada masa itu anak mereka, Muhammad Abdul Qayyum Mohamad Syadam, 5, tiba-tiba meragam serta menangis sehingga mengganggu konsentrasi suaminya yang sedang memandu.
“Qayyum ni anak yang baik, selalunya dia sangat behave dan mendengar cakap, dan dia memang manja dengan kami cuma time tu dia menangis tak tahu nak apa, tak selesa la kot perjalanan lama.
“Pujuk pun dia menangis kuat sehingga mengganggu ayahnya yang tengah memandu,” ceritanya.
Dikatakan, suaminya terpaksa memberhentikan kenderaan ekoran menemui jalan buntu setelah pelbagai cara dilakukan bagi menenangkan anaknya itu.
“Perasaan saya masa dia berhenti dan membawa anaknya keluar memang berdebar, perasaan mak-mak la… walaupun tahu suami tak akan lempang ke apa, cuma dia guna cara psikologi, cuma saya sedih sebab tengok dia menangis.
“Qayyum tu jarang menangis, dia happy go lucky,” katanya yang merupakan seorang ahli perniagaan.
Menurut wanita ini, mood anak kesayangannya itu bertambah baik apabla masuk ke dalam kereta.
“Berhenti tu dekat kawasan lepas tol, memang lapang dan tak ada kereta lain sebab suami memang alert bab keselamatan, anak-anak dia wajib pakai seatbelt dalam kereta.”
“Masa dekat luar suami tanya dia nak menangis lagi tak? Nak duduk di situ atau nak masuk dalam kereta, kalau nak masuk kena diam.”
“Dah peluk-peluk tu elok je budak tu senyum, lepas tu buat lawak, borak-borak,” katanya
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 3 juta tontonan, 145.1K tanda suka, 9778 komen dan 4527 perkongsian di TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pandangan dan pendapat yang berbeza-beza dan tidak dinafikan ada juga yang tidak bersetuju dengan cara suaminya mendidik anak.
Bagaimana pun, Azie tampil memaklumkan n bahawa suaminya seorang bapa yang penyayang serta sentiasa cakna mengenai anak-anak.
“Masa tegas dia memang tegas sungguh, apa dia cakap memang kena buat untuk memastikan anak-anak berdisiplin.”
“Cara lama ada yang elok dan tak sesuai tapi kitaorang ambil mana yang sesuai untuk digunapakai sekarang,” katanya yang mempunyai dua anak.”
Tidak ada seorang pun diantara ibu atau bapa yang mahu melihat anaknya gagal dalam kehidupan apatah lagi gagal dari segi adab kerana mana pun anak kita pergi, mereka tetap membawa nama baik sendiri dan keluarganya.