Connect with us

Viral

[VIDEO] “Lempang kepala saya guna sayur,” Wanita Dakwa Peruncit Dipercayai Warga Asing Bertindak Biadab

Satu klip video telah tular di laman Facebook menerusi satu posting yang dimuat naik oleh seorang pengguna bernama Hanim Abd Aziz yang telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video yang berdurasi 22 saat itu memaparkan berlaku perselisihan faham antara seorang pelanggan dan juruwang kedai runcit.

Ketuk kepala pelanggan dengan seikat sayur

Tindakan juruwang kedai runcit tersebut telah menimbulkan kekecohan apabila dia bertindak mengetuk kepala seorang pelanggan dengan seikat sayur.

Kekecohan bermula apabila pelanggan tersebut mempertikaikan perbezaan harga air tin yang dibeli berbeza dengan tanda harga asal.

Menurut mangsa, kejadian itu berlaku pada jam 5.15 petang Selasa lalu di sebuah kedai runcit di bawah Block C PPR Lembah Subang, Petaling Jaya.

Harga pada label botol tidak sama dengan harga yang dikenakan

“Saya menyuruh anak saya berumur 11 tahun membeli minuman F&N Strawberry di kedai runcit itu.”

“Apabila anak saya sampai di rumah, anak beritahu bahawa harga air tin itu RM2.90, sedangkan harga sebenarnya RM2.50 seperti yang tertera pada label botol tersebut.”

Kenapa naikkan harga minuman sesuka hati

“Saya tidak berpuas hati dengan harga itu, lalu turun ke kedai runcit untuk berjumpa dengan pemiliknya.”

“Saya telah berjumpa dengan seorang lelaki yang bangsanya tidak pasti dan bertanya, kenapa naikkan harga minuman sedangkan harga pada label botol adalah lain.”

Juruwang itu naik angin dan ketuk kepala saya

“Dia tidak menjawab, sebaliknya memarahi saya dan terus mengeluarkan kata-kata kesat seperti ‘bodoh’.”

“Ketika itu, saya ada mengambil rakaman dan dia secara tiba-tiba naik angin lalu melempang kepala saya menggunakan sayur,” katanya seperti yang terkandung dalam laporan polis dibuatnya.

Laporan polis sudah dibuat dan kes dalam siasatan

Menerusi posting yang dikongsikan, pelanggan tadi telah membuat laporan polis dan kes ini dalam tindakan siasatan.

Sementara itu, adik mangsa, Hanim, mempertikaikan bagaimana lelaki yang dipercayai warga asing itu boleh memiliki kad pengenalan.

Macam mana warga asing boleh dapat IC

“Barua ni smashed kepala kakak aku dengan sayur pasal caj harga air minuman tidak mengikut ketetapan harga yang tertera pada label.”

“Barua ini ada kad pengenalan. Macam mana warga asing boleh dapat IC?”

Sebagai pengguna kita ada hak

“Sebagai pengguna, kita ada hak untuk mempertikaikan walaupun perbezaan harga sepuluh sen.

“Patutnya kita luku kepala dia, ini tidak, kepala kita pula dia luku. Sakit pula hati kita wak.”

“Jangan sampai aku panggil tok singa pi pukul dia. Very the samseng in my country ye Siap kau. KPDNHEP tolong ambil tindakan,” tulis Hanim.

Semoga perselisihan faham yang timbul antara kedua belah pihak dapat diselesaikan dan tindakan yang sewajarnya diambil jika didapati bersalah.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.