Kewujudan makhluk halus di sekeliling kita tidk boleh disangkalkan kerana ‘mereka’ ini juga merupakan ciptaan Allah jadi kita harus percaya akan keberadaan mereka.
Ada yang percaya makhluk halus ini juga berupaya menjelma dalam satu bentuk yang sangat menyeramkan.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana wanita yang lebih dikenali sebagai Intan Hamzah sempat merakam penampakan ‘sosok’ seseorang yang mencurigakan mendapat perhatian ramai.
“Biar betul. Tapi bukan tong sampah, mana ada tong sampah kat situ. Dia tengok kita la kakak,” kata Intan kepada anak perempuannya yang turut melihat entiti tersebut.
Difahamkan, pada hari kejadian, Intan datang ke rumah abangnya yang baru lepas menjalani pembedahan. Pada awalnya, niat Intan cuma untuk melawat namun anak tiba-tiba menjerit memanggilnya dari dalam bilik dan menunjukkan ‘makhluk’ itu.
Menerusi video tersebut, dapat kita lihat makhluk tersebut hanya berdiri kaku di bangunan kondominium bersebelahan unit kediaman abangnya.
Dikatakan, rambutnya beterbangan ketika dirakam oleh Intan. Bukan itu sahaja, Intan juga sempat menggambarkan bentuk makhluk tersebut dimana ianya seakan-akan seorang wanita yang tinggi lebih kurang kira-kira 150 sentimeter.
Setelah lama meneliti makhluk tersebut, Intan mengakui mula meremang bulu roma dan merasakan sesuatu yang janggal dan tidak kena tentang penampakan itu.
Intan dengan segera menutup semua tingkap dek kerana merasa takut dan seram.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 733.8K tontonan, 54.2K tanda suka, 825 komen dan 681 perkongsian di TikTok.
Meninjau di ruangan komen, ada warga netizen yang berpendapat bahawa itu merupakan ‘belaan’ orang, dan ada juga yang menyifatkan makhluk tersebut merupakan seorang perempuan yang pernah mati disitu satu ketika dulu.
Namun apa yang lebih mengerikn adalah, terdapat segelintir para netizen yang mendengar ‘bunyi misteri’ beberapa saaat sebelum video itu tamat. Difahamkan bunyi tersebut seakan akan tangisan dan ada juga yang mengatakan ianya siulan.