Connect with us

Selebriti

“Dia isteri yang baik, mungkin isu berpunca daripada..” Syamsul Yusof Perjelas Situasi Rumahtangga

Pelakon dan pengarah popular Syamsul Yusof hari ini akhirnya telah tampil memberi penjelasan mengenai status dan keadaan rumah tangganya selepas isu terbabit mula menjadi perbualan ramai sejak akhir-akhir ini.

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 36, mengaku rumah tangganya kini berdepan masalah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on

Walau bagaimanapun, dia dan Puteri Sarah Liyana kini dalam proses memperbaiki hubungan dengan mendapatkan nasihat daripada pihak yang sewajarnya.

Menurut Syamsul, kehadiran Puteri Sarah di pejabat agama pada 18 September lalu juga tidak melibatkan isu penceraian seperti mana yang didakwa oleh sesetengah media dan netizen.

Nasihat dari kaunseling

Menurutnya, kehadiran isterinya di sana untuk mengambil nasihat daripada sesi kaunseling.

“Dia pergi ke pejabat agama bukan sebab kami nak bercerai. Apa yang saya boleh kata ketika ini kami perlu mengambil nasihat daripada kaunseling.

“Terus terang kami masih dalam proses memperbaiki hubungan. Saya tidak boleh cakap lebih tapi apa yang boleh saya cakap, dia seorang isteri yang baik.

“Apa yang penting sekarang ini anak-anak,” katanya.

Obses dengan kerja

Menurut Syamsul lagi, dia juga tidak menolak kemungkinan masalah berlaku berpunca daripada sikapnya yang terlalu obses dengan kerja.

“Mungkin sebab saya terlalu obses dengan kerja saya. Jadi seperti penyakit, saya jadi ‘gila’ dengan kerja saya.

“Sepatutnya apabila kerja dah siap, relaks la. Nak kata duit, Aamdulillah, rezeki ada. Tapi kenapa saya selalu nak bekerja,” katanya.

Syamsul berkata demikian pada sidang media di Balai Polis Taman Titiwangsa, Selangor, Selasa lalu.

Menerusi sidang media berkenaan, Syamsul menjelaskan dia telah membuat laporan polis berhubung ugutan dan ancaman yang diterimanya menerusi laman media sosial, Instagram.

Terdahulu media melaporkan timbul dakwaan Puteri Sarah dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada bulan September lepas.

Puteri Sarah dikatakan hadir dengan ditemani seorang wanita yang didakwa ibu mentuanya.

Kelibat Puteri Sarah yang berjubah dan bertudung hitam itu menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di situ apabila dia masuk ke bahagian undang-undang keluarga.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.