Minggu lepas heboh dengan kisah seorang pelakon muda yang didakwa mempunyai hubungan dengan suami orang.
Rentetan daripada itu, pelakon Sharnaaz Ahmad yang merupakan sahabat kepada lelaki tersebut telah meninggalkan komen di laman Instagram miliknya.
Berhubung komen yang ditinggalkan di ruangan Instagram (IG) bekas teman lelaki pelakon Alya Iman iaitu Mahathir Mohd, Sharnaaz menyatakan netizen telah salah faham.
Menurut Sharnaaz, sebagai seorang kawan dia akan berada di sisi untuk memberi sokongan terutamanya ketika dalam kesusahan.
“Netizen tak faham dengan ayat ‘stay sharp’ yang saya cakap tu. Bila dah buat salah, kita kena hadap.
“Macam mana pun dia masih kawan saya. Takkan kita nak biar kawan kita. Kawan jenis apa macam tu?
“Masa dia senang kita ada dengan dia, masa dia susah kita buat apa? Lari ke sembunyikan diri?
“Itu bukan saya walaupun ada orang pernah buat saya macam tu. Ibu bapa saya tak pernah ajar macam tu.
“Kalau netizen nak kecam saya pun dah 12 tahun saya kena. Tak rasa apa, dah biasa sangat. Yang penting kita mendoakan orang dan kita pun buat benda sama,” katanya.
Sebelum ini, Sharnaaz telah memberi kata-kata semangat di salah satu entri IG Mahathir: “Stay sharp brother.. take it like a man and i know u can handle this wisely.. love u buddy” tulis Sharnaaz.
Sementara itu, tegas pelakon filem ‘Polis Evo 3’ dia tidak berkawan berdasarkan harta kekayaan seseorang itu:
“Saya kawan dengan semua orang. Kalau saya ambil kesempatan dah kaya raya sekarang ni. Saya orang biasa. Mati pun guna kain kapan, tak ada kain beropol-ropol,” katanya lagi.