Siapa yang dapat menahan kesedihan apabila anak kesayangan yang masih kecil disahkan positif COVID-19.
Itulah yang berlaku kepada seorang ibu yang dilarang menghampiri bayinya di hospital disebabkan bayi malang itu dikuarantin akibat positif coronavirus.
Ibu berkenaan yang dikenali sebagai Ashley Hildebrand mengatakan anaknya yang baru berusia 2 bulan itu langsung tidak menunjukkan gejala yang dia sakit.
“Dia masih bayi lagi, tak boleh bercakap dan kita tak tahu pun apa yang dia cuba nak sampaikan.”
Disebabkan itu, si ibu dan pasangannya diarahkan untuk self-quarantine selepas mengetahui tentang bayinya itu.
Katanya sebelum ini anaknya itu menangis beberapa minit sebelum susah untuk bernafas, lapor Mirror Online.
Apabila ahli paramedik tiba di rumahnya di Lexington, Carolina Selatan, tahap oksigennya menurun kepada 58 dan Ashley berkata ketika berada di hospital “dia menghidap hipotermik”.
Mereka berkata bahawa bayi kecil kadang-kadang akan kesejukan dan bukannya demam, dia berada di tempat pengudaraan dan sedatif untuk memberi masa paru-parunya berehat.”
Tambah ibunya lagi,dia yakin bayinya itu kuat untuk melawan virus ini.
“Memandangkan anak perempuan saya dah kena, memang tak mustahil lah saya pun akan terkena sekali, saya tidak mempunyai gejala tetapi saya tetap akan kuarantin diri selama 11-14 hari.”
Ashley telah berkongsi jawapan mengenai persoalan terhadap keadaan anaknya di laman Facebook.
Apa gejala bayi anda?
“Dia sebenarnya tidak mempunyai sebarang gejala sebelum ini. Dia ada masalah pernafasan sedikit namun tidak ada apa-apa yang membimbangkan.
“Dan paru-parunya terdengar baik pada hari Selasa di pemeriksaan umur 2 bulannya.
“Pada hari Jumaat pagi selepas dia habis sebotol susu, dia berguling dan kemudian dia menangis selama beberapa minit dan kemudian dia menjadi susah untuk bernafas.”