Connect with us

Hiburan

“Dia minta supaya tidak ditidurkan kerana..” – Isteri Hamdan Senario

Baru-baru ini industri hiburan tempatan dikejutkan dengan berita Hamdan Ramli atau lebih dikenali sebagai Hamdan Senario terpaksa ditidurkan selepas difahamkan kesihatan beliau semakin merosot di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Meskipun menanggung kesakitan, isteri Hamdan turut berkongsi memaklumkan suaminya sangat teruja dan bersemangat untuk beraksi bersama anggota Senario yang lain pada persembahan Wonderful Night with Senariounion […]

Minggu ini industri hiburan tempatan dikejutkan dengan khabar duka di mana Hamdan Ramli atau lebih dikenali sebagai Hamdan Senario terpaksa ditidurkan selepas difahamkan kesihatan beliau semakin merosot di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Walaupun menanggung kesakitan, isteri Hamdan turut berkongsi memaklumkan suaminya sangat teruja dan bersemangat untuk beraksi bersama anggota Senario yang lain pada persembahan Wonderful Night with Senariounion di sebuah hotel baru-baru ini.

“Dia tidak mahu ke hospital dan meminta supaya tidak ditidurkan kerana mahu meneruskan persembahan sempena ulang tahun ke-27 Senario, dia mahu bertemu peminat.

“Dia sangat teruja, tiada tanda-tanda sakit, jadi kami mohon peminat mendoakannya supaya cepat sembuh,” katanya ketika ditemui di pekarangan HSA di sini, hari ini.

Norhamalini mengakui Hamdan menghidap penyakit kencing manis, namun sebelum ke sini, suaminya dalam keadaan baik dan tiada masalah kesihatan.

“Selepas balik makan malam dengan anggota Senario kelmarin, dia demam dan suami beranggapan mungkin sebab perjalanan jauh. Jadi dia makan panadol.

“Dalam 12 tengah malam suami alami cirit birit, saya fikir akibat eracunan makanan tetapi ia berlarutan hingga pagi (sebelum dihantar ke HSA),” katanya.

Dalam pada itu, anak bongsu Hamdan, Nur Natasya Umairah berkata doktor mengesyaki bapanya mengalami masalah kegagalan buah pinggang.

“Pemeriksaan awal mendapati tekanan darah ayah stabil dan diletakkan di zon hijau terlebih dahulu, tetapi pemeriksaan lanjut mendapati keadaan ayah kritikal dan perlu ditidurkan,” katanya.

Continue Reading
Advertisement