Terdahulu tular di media sosial dimana seorang peniaga enggan mengambil duit daripada pelanggannya dan hanya meminta doa buat ibunya yang telah pergi menghadap ilahi.
Ada juga sebuah video lain dimana peniaga hanya ‘menghalalkan’ makanan yang dimakan oleh pelanggan kerana terlupa untuk mengeluarkan tunai di bank.
Tidak cukup dengan itu, pernah juga tular di mana seorang peniaga menjual makanan RM13 sahaja untuk tiga orang makan dengan lauk yang penuh pinggan sehingga ramai memuji sikapnya yang berniaga sambil bersedekah.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang peniaga berkongsi cerita tentang pelanggan ‘istimewa’nya mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik, difahamkan terdapat beberapa pelanggan istimewa yang selalu datang ke gerai jualan mereka di Kampung Naga Lilit, Padang Serai, Kedah tetapi mereka tidak mengambil sebarang bayaran dan caj kepada anak-anak syurga itu.
“Ni customer tetap saya. Hari-hari mai. Setiap kali mai dia akan order 2 isi ketam tanpa kuah. Selalu dia akan bagi RM1 untuk makanan tu. Tapi saya tak ambil.”
“Tapi hari ni mak yang tolong jagakan kedai sat sebab saya pi solat dan mak ambil duit RM1 yang dia bagi. Then baru tanya saya selalu ambil dan duit, saya cakap tak.”
“Ni second trip mai, tu mak bagi balik RM1 dekat dia,” ceritanya dalam kisah pelanggan ‘istimewa’ itu.
Dapat juga kita lihat gelagat comel dua orang insan istimewa di dalam video tersebut malah sempat membuat ‘mini love’ ketika sedar dirinya dirakam.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap peniaga malah mendoakan agar peniaga sentiasa dimurahkan rezeki kerana membantu orang istimewa seperti mereka.
Antara komen warga maya:
“Dalam kita tak tau, orang macam ni yang bawa rezeki dekat kita..”
“Comelll.. dah la buat mini love.. lepas tu yang belakang tu comel je peluk pinggang kawan dia..”
“Rezeki takkan berkurang kalau kita kongsi dengan anak syurga.. moga dimurahkan rezeki dua2nya..”
“Aku harap insan terpilih tu, tarik kau masuk syurga, kau punca dia kenyang hari2”
Video yang tular: