Connect with us

Selebriti

“Dia Sangat Sensitif Dengan Bunyi Enjin Tapi…,” Setelah 8 Tahun, Akhirnya Catriona Ross Bawa Anak Autisme Bercuti Naik Kapal Terbang

Sebelum ini pernah tular video temu bual bersama pelakon Catriona Ross yang meruntun hati, bercerita mengenai anaknya autismenya.

Iospital phone repair gombak

Malah, luluh hatinya apabila doktor mengesahkan anak keduanya, Jammal Raess seorang autistik ketika berusia dua tahun.

Dalam perkembangan terbaharunya, Catriona ada menzahirkan rasa syukur selepas perjalanan membawa anak istimewanya menaiki kapal terbang ketika bercuti dipermudahkan.

Menurut Catriona, kali terakhir anaknya itu menaiki kapal terbang adalah ketika usianya masih dua tahun kira-kira lapan tahun yang lalu.

Katanya lagi, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memutuskan untuk membawa anaknya itu menaiki pesawat.

“Segala pujian bagi Allah. Alhamdulillah. Anak lelaki kami berjaya melakukannya. Walaupun hanya satu jam, perjalanan menaiki kapal terbang kadang kala boleh menakutkan anak-anak istimewa.

“Sesetengah daripada mereka mungkin akan rasa sesak nafas kerana fobia dengan tempat sempit, ada yang akan rasa gelisah kerana terkunci di tempat duduk.

“Dalam hal kami, anak lelaki saya amat sensitif dengan bunyi bising enjin kapal terbang tapi kali ini dia berjaya mengharunginya. Lapan tahun dulu meraung ya. Menangis rimas dengan bunyi enjin,” tulisnya di Instagram.

Kata pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan, dia dan suami sentiasa berdoa agar perjalanan tersebut berjalan dengan lancar.

“Saya sangat bersyukur dan bangga dengan Rania yang selalu menenangkan adiknya. Nak share tips pun tak boleh sebab kami juga hanya mengharapkan yang terbaik.

“Kami hanya berdoa dan sebelum perjalanan, saya tunjukkan kepadanya gambar kapal terbang dan ceritakan sikit mengenainya. Saya rasa bila seseorang itu sudah bersedia, semuanya akan dipermudahkan,” ujarnya.

Catriona turut berharap agar perkongsiannya dapat memberi harapan buat para ibu bapa yang sama memiliki anak autisme.

“Terika kasih diatas ucapan yang baik-baik. Saya baca semuanya di hantaran sebelum ini tapi tak mampu saya nak membalas semuanya. Saya akan balas apa termampu.

“Saya dapat banyak sangat kata-kata positif. Saya menangis. Saya berkongsi kisah ini buat para ibu bapa yang punyai anak istimewa supaya mereka tahu sebenarnya kita punya harapan,” katanya.

Untuk rekod, Catriona telah mendirikan rumah tangga dengan penerbit dan pengarah, Shaharuddin Mokhtaruddin pada Jun 2009 dan dikurniakan dua orang lagi cahaya mata, Sephia Rania dan Edruce Riyadh.

Hantaran yang tular di laman Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross)

Continue Reading
Advertisement