Connect with us

Viral

“Dia sayang sangat tu” Netizen Terharu Tengok Lelaki Sebak Saat Tangan Dicium Isteri Pada Hari Nikah

Mengakhiri suatu hubungan percintaan dengan perkahwinan sudah menjadi impian setiap pasangan yang berkasih sayang.

Iospital phone repair gombak

Lagi-lagi yang sudah bertahun-tahun setia bersama pasangan menempuh susah senang dan pahit manis alam bercinta.

Bagi yang berjaya membina masjid dengan pilihan hati semestinya akan mengabadikan momen akad nikah memandangkan ianya memori terindah bagi pasangan dua sejoli.

Persis kisah pasangan ini di mana lelaki yang baru sahaja bergelar suami sebak setelah disalam oleh isterinya, membuatkan ramai tersentuh.

Menerusi video yang tular oleh Faten Arissa di TikTok, dilihat pasangan itu telah diijab kabulkan tak lama sebelum itu dan tibalah saat pembatalan air wuduk.

Dalam pada kemeriahan suara orang ramai yang tumpang bahagia dengan pernikahan mereka, suami yang pada mulanya sempat tersenyum kecil tiba-tiba menoleh ke belakang dan mengesat air matanya.

Bagaimanapun, tak lama kemudian dia kembali tersenyum. Malah isterinya turut tertawa kecil melihat suaminya yang terharu dek hari penyatuan mereka.

Susulan tularnya video berkenaan, ianya telah berjaya mengaut jumlah tontonan sebanyak 825.8 ribu manakala meraih 122.6 ribu tanda suka!

Meninjau ke ruangan komen, netizen yakin punca lelaki itu menitiskan air mata adalah kerana dia benar-benar menyayangi isterinya.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“ustaz ade ckp..kalau suami nangis time nikah.. bukam sb die sedih..tp Allah jentik hati die utk mula rs tgjwb & kasih syg utk isteri”

“Kalau suami saya tak nanges nanti, sayaa hanta dia balik rumah mak dia”


“ni kalau lelaki aku tak nangis memang aku suruh dia repeat nikah balik arghh tak kira arghh 😂😂”

“bertahun tahun bercinta tempah segala ujian rintangan akhir nya bergelar suami isteri , penat lelah kita je yg tau . nangis tu msti ada time nikah”

“Dia sayang sgt tu, mungkin masa kisah silam dia pahit dengn org yg tk tepat, and now dia jumpa orang yg tepat n buat dia rase bahagia sampai dia ngis”

“Lelaki one in a million! He will be loving u till the rest of his life”

“She may hear the cheer and the shouting in the background but he remember the struggle, ups and down to get to this point. To be called her husband!”

“kalau suami aku nanti tak nangis macam ni, aku nak refund balik kat mak dia 😭😭😭😭”

“the real of loveeee lelaki yang betul betul sayangkan isteri dia 😭✋🏻😭🤍🤍🤍”

“aaaaa mesti dia terharu dpt kawen dgn perempuan yg dia diimpikan😭🖐️”

Video yang tular di laman TikTok

@arissafatenNikah moment that I wil forever cherish 🫶🏻♬ original sound – 🅰️RVIAN – arviandwi

Continue Reading
Advertisement