Kita digemparkan dengan satu kes yang menyayat hati apabila seorang wanita berusia 27 tahun bersama anaknya telah diperlakukan dengan kjam oleh suaminya sendiri.
Namun begitu, pelbagai andaian telah timbul ekoran dari kes berkenaan dan ramai netizen memberikan komen mengenai kes berkenaan
Ada segelintir netizen yang terus membuat kesimpulan yang tidak menyenangkan tanpa mengetahui hal sebenar yang berlaku.
Pelbagai dakwaan dan andaian antaranya mendakwa kes berkenaaan berlaku kerana sikap mangsa sendiri.
Lalu, kawan baik mangsa Saleha Alyea tampil dan menafikan segelintir dakwaan mengenai kawan baiknya yang telah dikenali bertahun itu.
Luahan Kawan Baik Mangsa
“Ye aku kawan baik pada mangsa di bnuh kjam yang korang nak tahu sangat tu, aku kenal kawan aku”.
“Kalau betol dia membentak pon dan dia memkul pon, kuat mana perempuan tu. Die mintak cerai? Hal family? Aku langsung tak percaya”.
“Dia sebaik-baik perempuan. Bukan aku nak backup kawan baik aku tapi aku kenal dia sangat”.
“Aku bukan kenal dia sehari dua tapi bertahun-tahun dan aku sentiasa orang pertama yang dia cari kalau ada apa-apa masalah”.
“Aku kenal dia. Dia tak akan mintak cerai macam tu je kalau takde sebab munasabah. Bertahun-tahun dia bersabar dengan dugaan yang aku sendiri lihat pon rasa berat ape tah lagi si mangsa”.
“Dan baru je kali ni bahagia datang.. Kau rasa dia nak cakap cerai cuma sebab family?? Kenapa baru sekarang. Bukan awal kahwin dulu”.
“Tapi layak ke kau tu manusia sampai nak bnuh mngsa. Manusia ke Engkau. Even kau tengah marah”.
“Bukan ke patutnya korang doakan yang baik untuk mngsa dan sedekahkn Al-fatihah ke yassin ke”.
“Doakan si pembnuh mendapat balasan setimpal dgn ape yg die lakukan. Tolong la aku mohon stop buat andaian. Sedih aku baca komen orang yang terlalu pandai membuat kesimpulan sendiri”.
“Baik kau doakan kes mngsa selesai secepat yang boleh..doakan jasad mngsa ditemui lengkap dan supaya mangsa boleh cepat dikebumikan lagi baik
“Dan biarkan polis buat kerja. Tolong, buat kali ni. Last sekali aku minta budi bicara tolong sedekahkan Al-fatihah pada arwah”
“Semoga ROH FAZIRAH BINTI BIDIN dan dak abang tenang dan aman disana. Aku tak sangka macam ni kau janji kau akan jaga kawan aku sorg ni baik-baik”.
“Allah maha adil dan aku harap kau akan dapat balasan setimpal dengan apa yang kau buat dan demi Allah aku terkilan”.
Takziah buat keluarga dan kenalan mngsa dan semoga segala urusan dipermudahkan hendaknya.