“Dia sedih tiada apa dibagi di harijadi saya, cukup jiwa emas yang u berikan” Stacy Sebak..
Pasangan romantis Ummu Shaikhah Stacy Anam atau lebih mesra disapa Stacy dan pasangannya Akim antara pasangan suami isteri yang diminati ramai.
Sikap rendah diri kedua-duanya menjadikan mereka antara pasangan suami isteri yang diberikan perhatian oleh peminat mereka.
Terbaru, satu perkongsian di Instagram Stacy yang membuatkan pengikutnya sebak apabila melahirkan satu ucapan harijadinya pada Ahad lalu.
Menurut Stacy, suaminya itu berasa sedih kerana tidak dapat memberikan hadiah ulangtahun kelahirannya yang lalu.
Namun, Stacy meluahkan rasa bahagia dan gembira dikurniakan kehidupan yang bahagia selepas mendirikan rumahtangga bersama Akim.
“Dia sedih tiada apa yang dapat dibagi di harijadi saya haritu. Hari-hari pun u dah bagi i kehidupan yang bermakna untuk memori kehidupan i ni ying dan i bersyukur sangat”.