“Dia seronok sangat bila ada yang subscribe,” Adik Hazizi Remaja ‘Istimewa’ Jadi Youtuber Masakan
Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) biasanya mempunyai kelebihan tersendiri yang Allah berikan kepada mereka.
Jika diperhatikan, ada OKU pendengaran boleh bertukang, ada OKU penglihatan boleh menghafaz Al-Quran, ada OKU fizikal boleh melukis dan sebagainya.
Jika kelebihan mereka ini disalurkan ke jalan yang betul, mereka mampu berjaya dengan menonjolkan kelebihan mereka sendiri.
Anaknya seorang OKU dan pandai memasak
Menerusi perkongsian seorang warga Twitter, Anisz berkongsi mengenai pengalamannya yang berpeluang bertemu dengan seorang pemandu e-Hailing, Grab yang juga ayah kepada anak OKU. Difahamkan, anak OKU itu berkemahiran dalam bidang masakan.
I went to a printing shop just now naik grab. The grab driver cerita about his son anak istimewa katanya and he has a youtube channel. Katanya anak dia selalu happy gila bila ada orang subscribe, like and comment so let’s spread some love guysss 🥰✨!!!https://t.co/GHxroOF98epic.twitter.com/5OL5lBe7A2
Malah, anaknya juga mempunyai saluran Youtube sendiri untuk perkongsian pelbagai content seperti masakan, tips resipi dan sebagainya.
Si ayah teruja bercerita mengenai anaknya itu
Menurut apa yang dikongsikan, si ayah tersebut begitu teruja untuk menjemput seramai-ramai netizen yang boleh untuk subscribe dan menyokong channel Youtube anaknya itu.
Dikenali dengan nama HAZIZI NIK CHANNEL, anak istimewa yang bernama Hazizi itu memuat naik pelbagai jenis video yang menarik.
Pelbagai jenis resepi yang dikongsikan oleh Hazizi antaranya adalah aiskrim, jus lobak, popia carbonara, tempoyak dan banyak lagi.
Hazizi Nik Channel baru dibuat sejak 3 bulan lalu
Berdasarkan video-video tersebut, boleh dikatakan hampir kesemuanya dirakam menggunakan smartphone dan disunting hanya dengan menggunakan aplikasi KineMaster sahaja.
Difahamkan, saluran Youtubenya baru dibuat sejak tiga bulan lalu (berdasarkan video pertama yang dimuat naik).
Hasil viral, subscribers meningkat beribu-ribu dalam masa 24 jam
Setakat ini, Hazizi mempunyai seramai 16.1 ribu subscibers berbeza dengan jumlah subscibers sebelum ini hanya 900 sahaja.
Sejak tular Tweet Anisz ini ditulis di Twiter pada 1 petang semalam, jumlah subscribers Hazizi meningkat berganda-ganda jumlahnya.
Grab turut tumpang gembira
Tweet berkenaan telah tular di media sosial mengenai tentang channel Youtube milik anak istimewa ini sehingga ia turut mendapat perhatian pihak Grab sendiri.
Wow, this is great!😀 Thanks for sharing and we do hope the son will always be happy doing what he loves. 💚