Connect with us

Viral

“Dia tak kisah badan saya..” Tular Foto Dukung Suami, Pengantin Kongsi Kisah Percintaan Mereka

Kalau dah jodoh tak ke mana, begitulah pepatah yang sering dikaitkan dengan jodoh dan pertemuan setiap pasangan.

Bertemu semula setelah empat tahun berpisah

Tanpa disangka hubungan percintaan yang terjalin sejak bangku persekolahan berakhir dengan lafaz akad.

Begitulah kisah cinta yang dilalui pasangan pengantin viral ini, bertemu semula setelah empat tahun berpisah sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Pengantin perempuan dukung suami

Apa yang menarik tumpuan netizen ialah viral foto pengantin perempuan mendukung suaminya sewaktu majlis persandingan.

Foto tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji pasangan ini sweet dan sporting.

Berkenalan sejak di bangku sekolah

Menerusi laman Instagram, pengantin perempuan yang dikenali sebagai Syidah Tat turut berkongsi kisah mereka bersama pengikutnya.

Pasangan ini mula berkenalan di bangku sekolah lagi ketika berusia 16 tahun. Boleh dikatakan percintaan jarak jauh kerana Syidah berada di Pahang manakala Farid menetap dan bersekolah di Kelantan.

 

View this post on Instagram

 

Pikul load naik gunung-ganang berhari-hari boleh tak kan la nak pikul suami sendiri tak boleh 😂 alaaaaa dia 53kg jer pun hahaha🙈 Bahagi 3 dengan syitat 😆 Alhamdulillah.. sah bergelar seorang isteri kepada seorang suami yang bernama Mohamad Farid Bin Alias… Macam tak percaya pun ada 😂 Kami bercinta 7 tahun dari syitat tingkatan 4 sampai la syitat habis degree 🥱 Lepas tu kami break 4 tahun setengah and then getback semula hujung tahun lepas 😝 lepas sebulan, dia ajak syitat nikah ☺️ Alhamdulillah hubungan kami mendapat restu dari kedua-dua belah keluarga.. Benar lah jodoh itu rahsia Allah.. Gambar lain menyusul nanti.. panjang lagi nak cerita ni hahaha doakan kebahagiaan kami ya❤️ ni bukan appreciation post lagi tau 🙈

A post shared by Syidah Tat (@syidah_tat) on

Alhamdulillah, sah bergelar seorang isteri

“Pikul load naik gunung-ganang berhari-hari boleh tak kan la nak pikul suami sendiri tak boleh, alaaaaa dia 53kg jer pun hahaha. Bahagi 3 dengan syitat” 

“Alhamdulillah, sah bergelar seorang isteri kepada seorang suami yang bernama Mohamad Farid Bin Alias. Macam tak percaya pun ada”.

Bercinta 7 tahun sejak tingkatan 4

“Kami bercinta 7 tahun dari syitat tingkatan 4 sampai la syitat habis degree. Lepas tu kami break 4 tahun setengah”.

“Then getback semula hujung tahun lepas  lepas sebulan, dia ajak syitat nikah” tulisnya lagi.

Jodoh itu rahsia Allah

“Alhamdulillah hubungan kami mendapat restu dari kedua-dua belah keluarga.. Benar lah jodoh itu rahsia Allah”.

Tahniah kepada Syidat dan pasangan. Semoga ikatan suci yang terbina kekal hingga ke syurga.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.