Connect with us

Viral

Dibelit Tali Pusat, Salah Sorang Bayi Kembar Meninggal Dunia Dalam Perut Buat Ramai Sebak

Setiap insan yang bernyawa pastu akan merasakan mati bahkan tiada siapa pun yang tahu bila dan bagaimana ajal mautnya.

Ada yang pergi pada usia yang sangat tua, ada juga yang pergi pada usia yang sangat muda bahkan tiada siapa diantara kita dapat menidakkan takdir yang sudah tertulis.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah pasangan suami isteri telah kehilangan anaknya gara-gara dibelit oleh tali pusatnya sendiri yang ‘membaluti’ tubuhnya mengundang sedih ramai.

Menerusi perkongsian yang dikongsikan oleh Unit Khas Van Jenazah dan Mr Wan Cai Official, baru-baru ini mereka kongsikan satu kisah pilu sepasang ibu ayah yang hiba kehilangan ‘malaikat kecil’ mereka semasa masih dalam rahim lagi.

Difahamkan, cahaya matanya yang dinamakan sebagai Nur Medina Auliya dilapor telah meninggal dunia ketika masih berada dalam kandungan berpunca daripada tali pusat yang membelit tubuhnya.

Ekoran situasi cemas tersebut, satu pembedahan dilakukan di Hospital Shah Alam untuk mengeluarkan jasadnya yang telah tidak bernyawa itu.

Pada masa sama, pembedahan itu perlu dilakukan untuk menyelamatkan seorang lagi bayi iaitu kembarnya sendiri.

“Bidadari syurga Nur Medina Auliya.. Dikesan tidak bernyawa dalam kandungan ibunya.. Berpunca dari tali pusat yang terbelit di tubuhnya..”

“Pembedahan segera telah dilakukan bagi mengeluarkan jasadnya.. Juga bagi tujuan menyelamatkan seorang lagi kembarnya.. Alhamdulillah kembar baby Nur Medina berjaya diselamatkan..”

“Allah SWT izinkan kembarnya itu hidup di muka bumi.. Tetapi kehidupan baby Nur Medina telah Allah aturkan di syurga terindah..Terpisah dari kehidupan dunia bersama keluarga..Tersenyum kelak menunggu ibu bapanya di pintu syurga..”

“Pengurusan buat anak syurga ini telah kami urus menggunakan dana hasil dari infaq anda..Pahala yang diterima kita kongsi bersama..InsyaAllah.”

Memetik laporan Siakap Keli, difahamkan pihaknya menceritakan secara detail bagaimana situasi tersebut berlaku.

“Pada jam 10.00 pagi ibu bayi memang ada temu janji pada hari tersebut (16 Mei 2022, Isnin).

“Namun ketika doktor scan, didapati salah seorang dari bayi tersebut tidak bernadi dan lakukan pemeriksaan semula pada jam 1.00 petang dengan keputusan yang sama.”


“Pada jam 3.00 petang, ibu bayi dimasukkan ke dalam bilik bedah untuk selamatkan bayi pertama.

“Ketika pembedahan sedang dijalankan, doktor dapati tali pusat telah terbelit pada badan bayi yang menjadi punca dia meninggal dunia,” jelasnya.

Perkongsian yang tular :

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sebak mendengar khabar duka ini apatah lagi bila hanya seorang daripada kembar tersebut dapat diselamatkan.

Warga netizen juga mendoakan agar ibu dan bapa kepada anak syurga ini terus kuat dan tabah dengan suratan takdir yang telah tertulis.

Antara komen warga maya:

“Menanti ibu bapamu di pintu syurga..”

“Ahli syurga..meninggal macam tidur jee..”

“Bermainlah di taman syurga sayang..”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.