Connect with us

Viral

Dibuang Ketika Sakit, Isteri Tetap Setia “Jangan dok mai balik bila dah tengok aku jaga elok”

Kalau nak tengok pasangan kita betul-betul setia dengan kita adalah ketika salah seorang pasangan jatuh sakit. Dari situlah kita dapat lihat keikhlasan pasangan.

Kadang kala ada yang merungut ketika diuji, namun ramai juga yang masih setia meskipun ditimpa ujian dan sabar mengharunginya bersama pasangan.

Begitulah situasi yang dialami oleh seorang isteri @babyput_official yang setia menjaga suaminya Mr. Edd yang menghidap hipertiroid.

Menerusi video yang dikongsi oleh wanita tersebut, setelah suaminya disahkan menghidap penyakit hipertiroid, suaminya mengalami perubahan fizikal yang medadak.

Badan suami wanita tersebut berubah menjadi kurus sehingga berjalan pun harus menggunakan tongkat patah kaki dan kerusi roda.

Walau bagaimanapun, wanita itu setia menjaga suaminya sehingga sembuh. Bukan itu sahaja, menerusi video yang sama, suaminya itu juga kelihatan sudah semakin berisi!

Wanita itu juga turut berkongsi yang suaminya pernah dibuang oleh pihak tertentu hanya kerana jatuh sakit.

Malah wanita itu turut memberi amaran supaya pihak tersebut tidak datang kembali setelah melihat suaminya sembuh.

“orang buang dia waktu sakit… aku jaga sampai sembuh dan gemuk dah sekarang.. jangan datang balik bila dah tengok aku jaga elok” tulis wanita itu di ruangan kapsyen.

Sehingga kini, video tersebut berjaya meraih sehingga 1.1 juta tontonan dan 105.8 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@babyput_officialorang buang dia waktu sakit…aku jaga smpai sembuh n gemokk dah skrg.. jngn dok mai balik bila dah tngok aku jaga elok🤣 tranjang mampoihh 🤣♬ เสียงต้นฉบับ – 💔🎵อารมณ์เพลง🎵💔

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang puji kesetiaan wanita tersebut yang sabar menjaga suaminya. Netizen turut mendoakan hubungan mereka suami isteri kekal hingga akhir hayat.

Antara komen-komen netizen di TikTok

“TAHNIAH, WANITA SEPERTI AKAK JADI CONTOH TERBAIK, DAN JADI IDAMAN 😊”

“Tak semua org mampu buat apa yg u buat sis..semoga bahagia milik kalian aamiin🤲🏻”


“Alhamdulillah. 🥰 Doakan wan pun dpt jumpa pasangan yg sanggup bersama till jannah. Inshaa Allah amiin 🥰”

“TAHNIAHH SIS 🥺🥺 AWAK WANITAA HEBAT DAN TERBAIKKKKKK .. mogaa bahagiaa selalu”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.