Connect with us

Viral

Dicerai Lepas 8 Hari Berkahwin Gara-Gara Suami Cerewet, Suami OCD Naik Angin Cuci Beras Tak Ikut Caranya

Penceraian adalah jalan terakhir setelah kita berusaha sedaya upaya untuk membaiki hubungan rumah tangga malah tiada seorang pun yang menginginkan penceraian setelah bergelar seorang suami mahupun isteri.

Seperti kisah yang berlaku di Indonesia ini, seorang wanita mendedahkan dirinya diceraikan suami selepas 8 hari berkahwin. Dia bernikah pada 6 Mac 2022 dan berpisah 14 Mac 2022.

Difahamkan, perkara tersebut menjadi mimpi ngeri buatnya sehingga tekad membawa diri mengerjakan umrah bagi menenangkan fikiran.

Memetik laporan portal Wolipop, wanita yang dikenali sebagai Eka mendedahkan dia berkenalan dengan suaminya itu melalui sesi taaruf selepas menerima CV melalui emel pada 26 Februari 2022

Semuanya kelihatan normal pada awalnya malah pada pertemuan pertama, suaminya terus mengajak wanita ini untuk bernikah dan berhasrat untuk berjumpa dengan kedua orang tua wanita ini bagi menghalalkannya.

Pun begitu, selepas diijab kabul, Eka baru tahu suaminya mempunyai masalah Obsessive Compulsive Disorder (OCD).

Keadaan tersebut semakin parah dari hari ke hari malah akan mengamuk walaupun ianya hanya perkara kecil.

“Setiap peralatan di rumah perlu disteril dan dia juga tidak suka orang lain mengemas jika rumahnya dalam keadaan berselerak.”

Satu hari, suaminya meminta Eka menyiapkan makanan. Seperti biasa sudu, garfu dan senduk harus direndam dalam air panas.

Secara tak sengaja pakaian Eka terkena nasi menyebabkan suami naik angin. Melihatkan keadaan emosi suami yang tidak stabil, Eka berkata dia berasa sangat takut.

“Alasannya? Sangat sepele. Berawal dari pakaian ku tidak sengaja mengenai nasi yang akan dia makan.”

Tidak cukup dengan itu, wanita ini juga pernah dimarah gara-gara mencuci beras dengan kaedah yang salah namun pada dasarnya ianya hanya satu rutin yang normal.

Lebih melampau, suaminya meminta wanita itu membuang beras ke dalam tong sampah.

Suaminya juga menuduhnya isteri tidak taat kerana marah isteri meletakkan bantal tidur di peha untuk meredakan sakit perut akibat senggugut.

Keesokan harinya, Eka meminta izin suami untuk pulang ke rumah orang tuanya menaiki bas tanpa dihantar. Tak lama selepas itu, suami menghantar pesanan Whatsapp menceraikannya.

Video yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eka S Rufaidah (@kasyiru__)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat wanita ini agar terus cekal menghadapi segala dugaan malah berdoa agar wanita ini bertemu jodoh dengan orang yang jauh lebih baik.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Allah ambil sesuatu dari kita dan yakinlah akan diganti dengan yang jauh lebih baik”

“Yang lalu biarkan berlalu kerana mungkin dia bukan yang terbaik untuk mu”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.