Connect with us

Selebriti

Didakwa Memfitnah Syarikat Hiasan Dalaman, Awal Ashaari Disaman RM3 Juta

Sebuah syarikat hiasan dalaman dan perabot dikenali Naz Carpentry menyaman pengacara dan pelakon Awal Ashaari dan dua defendan lain kerana didakwa memfitnah syarikat itu.

Menerusi laporan Astro Awani, syarikat tersebut menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta setelah menerima ugutan undang-undang tanpa henti daripada selebriti tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

Naz Carpentry telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Jumaat minggu lepas melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubara, Advocates and Solicitors.

“Awal Ashaari, seorang pengguna Instagram dengan hampir lima juta pengikut di laman media sosial tersebut dilaporkan memuat naik pelbagai Instagram Stories di antara November 2019 dan November 2020.

“Beliau didakwa telah merosakkan imej, jenama, dan reputasi syarikat hiasan dalaman yang terkenal itu,” kata kenyataan daripada pengurus krisis Naz Carpentry, Saiful Ridzuan dari Saiful Ridzuan Public Relations and Communications.

Syarikat hiasan dalaman itu mendakwa bahawa hantaran, catatan dan komen fitnah oleh Awal memberi gambaran negatif mengenai organisasi tersebut, selain menjejaskan kedudukan syarikat tersebut dalam industri, serta menyebabkan mereka kehilangan pendapatan.

“Surat tuntutan telah dihantar kepada Awal Ashaari 13 Oktober 2020 dan 19 Oktober 2020 tetapi tidak mendapat sebarang balasan.

“Justeru, anak guam kami telah memutuskan untuk menyaman kerana pihak defendan tidak berminat untuk menyelesaikan masalah ini.

“Oleh kerana surat tuntutan telah dikirim kepada Awal Ashaari, cara yang betul adalah untuk beliau melantik seorang peguam untuk membalas notis tersebut tetapi sehingga ke hari ini, kami belum menerima balasan dari pihak beliau,” kata kenyataan itu.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan Syarikat berkata, anak guamnya itu bagaimanapun tidak akan bertindak balas terhadap ancaman dan ugutan yang dibuat oleh Awal yang telah diterbitkan oleh pelbagai pihak ketiga.

Nurul Hafidzah dibantu oleh peguam Zeti Zulkifli dan Wan Azmir Wan Majid.

Secara kolektif, barisan peguam yang dilantik oleh Naz Carpentry pernah mewakili anak guam berprofil tinggi termasuk seorang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Maria Chin Abdullah, Linda Rafar, Zarina Anjoulie Lavocah, dan Ammar Alfian.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.